20 November 2008
Salam dari Kahirah
08 November 2008
3 free ways to open Word documents without Office
Thursday, November 6th, 2008 at 6:48 pm by Nicholas Mead
Free, Mac, Productivity, Tips, Utilities, Web, Windows
Yesterday my father rang me wanting some help with opening a Microsoft Word document. He didn't have Microsoft Office installed, there was no way he was going to pay up to $229 to buy it and to cap it all, he'd never even used a word processor before. I shuddered at the challenge that lay ahead of me but to my pleasant surprise, within 10 minutes I'd taught him how to open, edit, save and even send the document by e-mail - and all without having to have Microsoft Office or Word installed on his computer. If my dad can do it, anyone can and so here's 3 ways that you can do the same:
If you've received the document by e-mail, download it, go to Google Docs and upload it. Note that you'll need to sign-up for a Google Account first.
Simply browse to the file you want to upload and it will open automatically in Google Docs.
From there you can edit it in much the same way as you can in Word and send it by e-mail directly from your Gmail account.
Download the free Open Office suite and you can open documents in Writer.
This method offers you far more editing power than Google Docs although because it requires downloading and setting-up the suite, is marginally more lengthy and complicated. However, when Open Office is installed, you've got yourself a fully functional Office suite that's comparable to MS Office absolutely free!
This is a purely viewing only software offered for free by Microsoft which enables you to open Word documents but not edit them. This is fine if all you want to do is read a document but don't need to fill in any details, change it or basically edit it in any way.
http://en.onsoftware.com/3-free-ways-to-open-word-documents-without-office/
05 November 2008
Lawatan ke Bandung, Indonesia
Assalamualaikum,
Persatuan Pegawai Syariah Malaysia akan menganjurkan lawatan ke Bandung pada 21-24 Disember 2008. Sesiapa yang berminat sila hubungi :-
Mohd Yunus b. Mohd Zin - 03-22742990 / 019-2355159
Jangan lepaskan peluang.. Sila daftar segera sebelum
21 November 2008!!!!!!!
Hari 1 K.LUMPUR- JAKARTA
Berkumpul di KLIA untuk penerbangan ke Jakarta. Setibanya di Jakarta, anda akan disambut oleh wakil kami untuk menikmati makan malam di restoran tempatan, selepas itu anda akan dibawa ke hotel untuk daftar masuk ke hotel. Bermalam di Jakarta.
Hari 2 JAKARTA – PUNCAK-BANDUNG
Selepas sarapan, check out hotel dan bertolak ke Bandung, dalam perjalanan singgah melawat ke Taman Mini Indonesia. Perjalanan diteruskan ke Puncak, dalam perjalanan ke Puncak anda akan dibawa singgah di Cianjur Market untuk membeli pelbagai makanan ringan seperti jeruk salak,dendeng, kerupuk udang dan aneka makanan ringan. Setibanya di Puncak, anda akan singgah solat di Masjid Attawud dan bergambar disitu. Turun semula ke Bandung. Check in ke Hotel. Makan malam dan makan tengahari direstoran tempatan. Bermalam di Bandung.
Hari 3 BANDUNG FULL DAY+SHOPPING
Selepas sarapan, melawat Tangkuban Perahu dan Strawberry Farm. Kemudian masa bebas membeli belah di beberapa Factory Outlet di Jalan Riau antaranya Rumah Mode (rangkaian factory outlet terbesar di Bandung), Donatello Leather & Shoes Factory dan Heritage & Summit Factory Outlet. Makan malam tengahari dan malam direstoran tempatan. Bermalam di Bandung.
Hari 4 JAKARTA-K.LUMPUR
Sarapan pagi, membeli belah di Pasar Besar dan makan tengahari. Bertolak balik ke Lapangan Terbang Jakarta dan meneruskan penerbangan pulang ke K.Lumpur.
HARGA PAKEJ
Dewasa RM 1380
Kanak-kanak RM 1100
HARGA PAKEJ TERMASUK:
1. Tiket penerbangan pergi dan balik, KLIA - JAKARTA, termasuk cukai lapangan terbang
2. Penginapan di hotel 2 orang sebilik
3. Makanan dan minuman seperti dalam jadual
4. Pemandu pelancong tempatan
5. Pengangkutan perjalanan seperti yang tertera dalam jadual
HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK
Lebihan bagasi , perbelanjaan sendiri, porterage dan pasport
NOTA:
· Pasport antarabangsa hendaklah sah sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh berlepas.
· Pihak urusetia bersedia membantu untuk menyediakan pasport terhad secara berkumpulan, terutamanya yang tinggal sekitar Lembah Kelang.
· Deposit sebanyak RM 800.00 seorang semasa pendaftaran secara tunai atau dimasukkan dalam akaun urusetia
02 November 2008
Tinta Presiden PPSM

Pemerhatian Berkaitan Nilai Hidup yang diamalkan oleh Barat(Kajian di Oxford)- Bahagian Pertama
YAA,YA,Tuan-tuan dan Puan-puan.
Assalamualaikum w.b.t.h
Saya akan berkongsi bersama dengan tuan/puan berkaitan pengalaman dan pemerhatian saya sepanjang berada di Oxford ini sebagai renungan dan pengajaran kepada kita bersama. Seperti yang kita semua maklum Allah s.w.t sentiasa menyuruh kita untuk berjalan dimuka bumiNYA untuk mempelajari dan mengambil iktibar akan apa yang kita perhatikan.Sudah tentu pemerhatian yang saya buat ini tidak ada kena mengena secara langsung dengan tugasan saya disini tetapi ianya merupakan satu perkara yang menarik dan menjadi ‘guru’ mengajar saya akan makhluk dan juga segala ciptaan Allah s.w.t. Mungkin shabat-sahabat lain yang pernah datang ke UK ini samada untuk menghadiri kursus jangka pendek atau bercuti boleh menambah atau memberi pandangan berdasarkan pemerhatian mereka. Apa yang penting ialah perkongsian pengalaman ini dapat digunakan untuk kita menginsafi betapa agungnya ciptaan Allah dan juga betapa untungnya kita semua yang telah diberikan nikmat IMAN DAN ISLAM. Dalam catatan-catatan saya tuan/puan akan dapati pandangan dan pemerhatiaan saya tentang nilai-nilai murni/positif yang ada pada orang barat dan juga nilai-nilai yang negative.Saya akan mulakan dengan nilai-nilai yang negatif dahulu.
in perkataan lebih dari separuh penduduk disini adalah terdiri dari golongan pelajar yang terpelajar. Sebagai orang yang terpelajar sudah tentu ilmu yang dipelajari akan dapat membentuk peribadi yang baik samada pada waktu siang mahupun pada malamnya. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.Untukmakluman semua, bilik saya di OCIS ini berada ditengah bandar i.e High Street jadi saya boleh nampak dengan jelas kelakuan golongan pelajar Oxford University ini yang disebabkan oleh pengaruh alkohol bertindak liar dengan menjerit-jerit ditengah jalan dan memaki hamun orang ramai termasuklah orang-orang tua. Disini jelas menunjukkan betapa cantiknya Islam itu yang telah Berjaya mengharamkan arak kira lebih 1400 tahun dahulu lagi. Apabila seseorang mengambil dan meminum arak kesannya begitu besar sehingga boleh mengubah perangai dan gaya hidup golongan yang terpelajar ini dimana mereka sanggup melakukan segala macam perbuatan yang tak selayaknya dilakukan oleh mereka dikhalayak ramai.Alhamdulillah. Menurut beliau suasana sedemikian tidak wujud 20tahun yang lalu. Nilai-nilai kekeluargaan dan moral dan etika yang baik masih dipegang dengan kuat. Sekarang keadaan sudah berubah. Free Sex(dengan izin)dik
alangan remaja sekolah berleluasa. Menurut beliau lagi hampir separuh atau lebih golongan remaja dan belia di Britain adalah ‘Bastards’ (istilah yang digunakan di sini bagi merujuk kepada anak-anak luar nikah).Rakan saya ini menunjukkan kepada saya beberapa orang perempuan yang masih muda remaja lagi bersama bayi dan anak-anak kecil sedang beratur di hadapan post office dan juga di ATM machine. Rupanya mereka ini akan datang ketempat-tempat ini untuk mengambil ‘benefit’masing-masing e.g child benefit. Apa yang saya dapat perhatikan ialah budak-budak muda ini tidak ditemani suami lalu rakan saya menjelaskan bahawa kebanyakan mereka ini tidak mengetahui siapa bapa kepada anak-anak tersebut dan pada hakikatnya mereka tidak kisah pun kerana pada mereka dengan adanya ‘anak-anak’ ini kerajaan Britain akan memberikan mereka rumah dan segala macam benefit secara percuma. Mereka tidak perlu untuk bekerja pun. Apa yang perlu mereka buat ialah dapatkan ‘anak’dari siapa sahaja kemudian boleh pergi ke Local Council untuk dapatkan rumah percuma. Setiap anak yang lahir akan dapat child benefit yang akan dikongsi bersama oleh ibu tunggal tersebut. Oleh kerana wanita tadi tidak dapat memberikan maklumat berkaitan ‘bapa’ kepada anak tersebut maka rakyat Britain secara umumnya berpandangan bahawa Child Support Agency telah gagal berfungsi secara berkesan. Menurut rakan saya itu lagi bagaimana wanita tersebut boleh berikan maklumat tentang lelaki tersebut sedangkan mereka hanya bertemu di jalan pada waktu malam dan bawa balik kerumah dan keesokan harinya lelaki itu sudah menghilangkan diri dan selepas beberapa bulan anak pun lahir.
Seterusnya saya bertanya pada rakan saya ini dimana kerajaan dapat wang berikan benefits kepada ibu-ibu tunggal ini lalu dia jawab dari cukai yang kerajaan kenakan pada dia dan mereka2 yang bekerja. Saya tanya pada dia lagi adakah mereka2 yang bekerja tidak marah dengan keadaan begini dia jawab that is the law of a welfare state. Secara kasarnya katalah seorang itu bekerja selama 8 jam sehari, 3 jam pertama itu akan di kenakan cukai dan akan diberikan antara lain kepada manusia-manusia yang tak bekerja tadi. Diakhir perbincangan kami bersependapat bahawa kalau keadaan ini berterusan dalam 10 tahun yang akan datang masyarakat dan Negara ini akan rosak dan hancur. Jadi keadaan beginilah yang telah menimbulkan dilemma kepada masyarakat Islam termasuklah rakan saya ini yang bimbang dengan pengaruh negatif ini keatas anak-anak mereka disana. Semasa saya di London 2 minggu lepas saya sempat melawat Islamic School yang ditubuh dan diasaskan oleh Yusuf Islam (Cat Steven). Ini satu alternative dan perancangan yang baik bagi memelihara generasi muda Islam di UK tetapi seperti biasa tidak semua yang mampu untuk menghantar anak-anak mereka kesekolah2 private seperti itu.
Setakat ini dahulu tuan/puan,InshAllah dilain masa saya kita akan bertemu lagi.
Wassalam
Dr. Mohd Na’im Mokhtar
Oxford
20 Oktober 2008
Terapi solat
Terapi solat
Oleh Ziauddin Sharuddin
zia@bharian.com.my (BH-20/10/2008)
solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan
kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal
dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.
SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian.
Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap
gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta
tahiyat awal dan tahiyat akhir.
Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?
Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali
setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba
kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia.
Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam
mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.
Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan,
termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan
Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM)
yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan
Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.
Penggerak kajian ini
ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui
geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan
nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk
dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan
aktiviti otot.
Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian
itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh
manusia dari segi kejuruteraan.
Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.
“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji
aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku
kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi
tubuh,” katanya.
Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa
ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini
dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan
Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa
Melayu dan Inggeris.
Setakat ini, kajian itu adalah yang
pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah
ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap
seperti yang dilakukan UM.
Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud.
Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti
dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi
dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya
solat tahajud boleh merawat barah.
Kajian lain dilakukan oleh
tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed
Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi
tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.
Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi
jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu.
Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian
berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan
solat antara orang biasa dan ulama.
“Kajian itu akan mengkaji
isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak
orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita
menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya.
Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela
menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang
menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari
kumpulan tertentu.
Berbanding kajian awal yang mengesahkan
solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian
lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit.
Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh,
katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi
kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara
gerakan solat merawat penyakit itu.
17 Oktober 2008
Risalah minal Misr 2
Assalamualaikum...
kulluna bilghair... walakin al-batinu.....mmmm ghair sihah..???
faham-faham aje ler... Nahnu nabdak taalum derasatina fi markaz al-qaumi munzu usbu' al-qadimmm.
perkara yang diajar kebanyakkannya dalam bahasa arab fushah..selepas beberapa minit jadi arab ammi pula...
apa-apa pun kami masih faham...sebab dah makan ishh, syawirma...kurma dll...
petua utama nak cakap arab kena minum air sungai nil dulu...
Aktiviti untuk ppsm... kami bertemu dengan student rumah Sabah dan Sarawak. coming soon rumah Kedah... insyaallah kalau tiada halangan dari sohibul bait (pengurus rumah) semua rumah anak negeri akan dilawati.. kebanyakkan student.. tak tahu apa nak buat selepas belajar... target utama mereka guru J-Qaf.. yang lain-lain jawatan mereka tak nampak..
Ni ada nambar di mesir semasa sambutan hari raya

dan markaz qaumi

Gambar berbuka posa dirumah sewa dgn geng perempuan dan gambar di iskandariah

Dari Sheikh Al Mawardi di Mesir
terbitan alamkia..
15 Oktober 2008
Khabar Pegawai Syariah dari Cairo, Mesir.
Kami semua berhari raya di Haiyu Asyir bersama pelajar-pelajar Malaysia di sini.. hampir 2 ribu orang yang hadir. Sempat juga bergambar dengan dato' duta malaysia.

Kami atas inisiatif sendiri menyertai kelas bahasa arab di Markaz Al-Qaumi. dah mula pengajian Bahasa Arab di situ.
manakala di bawah ini adalah gambar rumah penginapan yang kami menyewabertungkus lumus mencari rumah untuk berteduh...penat juga berurusan dengan Tok Arab ni... takmin.. baksis ...la,
Doakan agar kami tabah dan berjaya,
Dari Mawardi Che Man bagi pihak semua Pegawai Syariah di Mesir.

