Social Icons

Pages

Followers

09 Januari 2011

“NIKAH BAWAH UMUR : PATUT ATAU TIDAK

SEMINAR KEBANGSAAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM

“NIKAH BAWAH UMUR : PATUT ATAU TIDAK


PENGENALAN


Dalam Akta/Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Islam di negeri-negeri memperuntukkan bahawa seorang lelaki layak untuk berkahwin apabila berumur 18 tahun ke atas manakala perempuan pula berusia 16 tahun ke atas.

Walaubagaimanapun dalam undang-undang yang sama juga turut membenarkan lelaki atau perempuan yang di bawah umur untuk berkahwin tetapi dengan mendapat kebenaran daripada Mahkamah Syariah. Oleh itu isu perkahwinan bawah umur sering menjadi kontroversi dari semasa ke semasa.



Masyarakat moden menganggap pelajar sekolah rendah(7-12)) belum layak berkahwin lagi. Ada juga yang menyatakan pelajar sekolah menengah rendah (13-15) juga belum layak mengandung, melahirkan anak dan menyusukan anak. Pada peringkat ini , mereka lebih sesuai belajar di sekolah dan mengalami serta merasai keindahan dunia remaja secukupnya. Pada Mac 2010, negara digemparkan oleh berita perkahwinan seorang kanak-kanak perempuan Siti Nur Zubaidah Hussin (11 tahun) dengan seorang lelaki Shamsuddin Che Derahman @ Sudin Ajaib ( 40 tahun) di Kelantan. Selanjutnya pada November 2010 , seorang perempuan bernama Siti Maryam Binti Mahmod ( 14 tahun ) telah berkahwin dengan seorang lelaki berumur 21 tahun. Perkahwinan pasangan ini telah mendapat kebenaran daripada pihak Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Namun begitu walaupun Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa untuk meluluskan perkahwinan di bawah umur, walaubagaimanapun keputusan tersebut sering dikritik oleh orang ramai. Justeru itu sudah sampai masanya untuk semua pihak untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas berhubung dengan perkara ini samada dari sudut perundangan semasa, hukum Syara’ dan juga pandangan ahli-ahli perubatan.


OBJEKTIF

1.  Memberi kefahaman berhubung dengan peruntukan hukum Syara’, undang-undang dan perubatan berhubung dengan perkahwinan di bawah umur.

2.  Memberi peluang kepada peserta untuk berbincang berhubung dengan isu perkahwinan di bawah umur

·3. input kepada pengamal dan pelaksana undang-undang berhubung dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkahwinan bawah umur

4. Mendidik masyarakat untuk memahami situasi semasa berhubung dnegan isu perkahwinan di bawah umur

5.  Menambah pengetahuan para peserta berhubung dengan peruntukan undang-undang Keluarga Islam


SASARAN PESERTA


450 orang peserta dibuka dari kalangan Hakim-Hakim Syarie, Peguam Syarie Seluruh Malaysia, Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk di Jabatan Agama Islam negeri-negeri, Pegawai Kaunselor Kanak-Kanak Lembaga Kemajuan Penduduk Negara, Ahli-Ahli Akademik, Pegawai di agensi-agensi kerajaan yang berkaitan seperti JAKIM, Jabatan Peguam Negara dan SENADA, badan bukan kerajaan serta pelajar di Institut Pengajian Tinggi Awam atau Swasta dan orang perseorangan.


PENDAFTARAN PENYERTAAN


Untuk penyertaan seminar, bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut :

Agensi kerajaan / swasta RM150

Pelajar IPTA / IPTS RM 50


Pembayaran boleh dibuat menerusi Pesanan Tempatan (LO) atau bank-in kepada

Persatuan Pegawai Syariah Malaysia no. akaun Bank Islam Malaysia Berhad 16018010004088


TARIKH TUTUP PENYERTAAN

Sebelum atau pada 14 Januari 2011



DIRASMIKAN OLEH :
Y.B. MEJAR JENERAL DATO’ SERI JAMIL KHIR
BIN BHAROM, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

ANJURAN :
PERSATUAN PEGAWAI SYARIAH MALAYSIA
DENGAN KERJASAMA:
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA


PADA 29 JANUARI 2011 / 24 SAFAR 1432 H
DI HOTEL PUTRA (BERSEBELAHAN HOSPITAL PUSRAWI)
JALAN TUN RAZAK, KUALA LUMPUR


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :


Sekretariat Seminar Undang-Undang Keluarga Islam Tel : 03-88864800 - 4627 / 4614

Persatuan Pegawai Syariah Malaysia Faks : 03-88907770

Jabatan Kehakiman SYariah Malaysia

Aras 4, Blok D7, Parcel D Emel : mohd_yusof@esyariah.gov.my (016-657 3255)

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan zuhdee@esyariah.gov.my (019-9595002)

60657 Putrajaya

Tiada ulasan:

 

Sample text

Anda Pengunjung ke-

Sample Text