Social Icons

Pages

Followers

22 November 2008

Majlis agama, Macma rujuk ke Mahkamah Persekutuan

Oleh AMIRUDDIN HARUN

KUALA LUMPUR 21 Nov. - Tujuh majlis agama Islam negeri dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) mahu merujuk persoalan undang-undang berhubung isu larangan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan mingguan Herald - The Catholic Weekly ke Mahkamah Persekutuan.

Peguam Mubashir Mansor memberitahu Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) hari ini, perkara itu dirujuk ke Mahkamah Persekutuan mengikut Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 bagi menentukan isu perlembagaan yang timbul.

Menurutnya, selepas Mahkamah Persekutuan memutuskan isu tersebut, barulah Mahkamah Tinggi boleh menentukan sama ada ia boleh mendengar dan seterusnya membuat keputusan dalam permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan oleh Gereja Katolik.

''Oleh itu, kami bercadang meminta mahkamah menangguhkan pendengaran permohonan semakan kehakiman tersebut sementara menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan," kata Mubashir.

Berikutan perkembangan itu, Hakim Lau Bee Lan meminta Mubashir yang mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memfailkan hujahan bertulis sebelum membenarkan penangguhan.

Sementara itu, peguam Jagjit Singh mewakili Majlis Gurdwara Malaysia juga memohon penangguhan singkat agar isu itu dapat diselesaikan melalui campur tangan kerajaan.

Menurut beliau, ia pernah dilakukan oleh kerajaan negeri Perak dan Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri pada tahun 1988 ketika isu yang sama timbul di negeri tersebut.

Jagjit turut memberitahu, beliau akan mengemukakan surat representasi kepada Jabatan Peguam Negara untuk memberi pandangan supaya kes itu tidak menjadi konfrontasi, sebaliknya ia diselesaikan secara baik.

Hakim Bee Lan kemudian menetapkan 27 Februari tahun depan untuk sebutan semula bagi membolehkan semua pihak memfailkan afidavit yang diperlukan sebelum permohonan tersebut didengar.

Terdahulu, hakim tersebut membenarkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), MAIDAM, MAIPP, Majlis Agama Islam Selangor, Majlis Agama Islam Kedah, Majlis Agama Islam Johor, MAIM dan Macma yang memohon sebagai pencelah dinamakan sebagai responden ketiga hingga ke-10 dalam semakan kehakiman tersebut.

Pada 19 Mac lalu, Gereja Katolik memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran membuat semakan kehakiman (undang-undang) untuk mencabar larangan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan mingguan, Herald - The Catholic Weekly.

Gereja Katolik menamakan Menteri Keselamatan Dalam Negeri (kini telah digabungkan dengan portfolio Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menjadi Menteri Dalam Negeri) dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama dan kedua.

Pada 5 Mei lalu, mahkamah tersebut membuat keputusan membenarkan permohonan Gereja Katolik untuk membuat semakan kehakiman terhadap larangan tersebut.

Al-Fatihah ~ Ketua Hakim Syariah Johor - Dato Ali Ahmad


Al-Fatihah ~ Ketua Hakim Syariah Johor - Dato Ali Ahmad
Dilulus terbit pada Friday, November 21 @ 16:33:05 MYT oleh TokPenghulu
Berita Oleh PAS Johor Bahru

Beliau Pulang ke Rahmatullah jam 4 - 6 pagi tadi.(23 Zulkaedah 1429H - 21 Nov 2008). Pernah digam dari menyampaikan kuliah di masjid kerana cenderung kepada menyokong perjuangan PAS. Surau di tanah rumah beliau di Kg Melayu sangat aktif dengan kuliah maghrib dan subuh secara harian. Jawatan terakhir beliau ialah Ketua Hakim Syariah Negeri Johor



- Kembali aktif berceramah dan kuliah setelah dinaikkan pangkat menjadi Ketua Hakim Syariah Johor


- Pernah dicadangkan untuk bertanding atas tiket PAS pada pilihanraya akan datang sementara menantikan beliau bersara


- Jenazah beliau disolatkan di Masjid Negeri Johor, Masjid Sultan Abu Bakar.


- Beliau dikebumikan di sebelah makam kerabat di Raja Johor selepas solat Jumaat di Perkuburan Mahmodiah.


- Al-Fatihah

Layari : http://pasjohorbahru.com/

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=18696

20 November 2008

Salam dari Kahirah

Assalamulaikum... buat tatapan 
semua....cuaca di Kaherah ini mula ke arah musim sejuk. Pertanda berakhir sesuatu musim dengan hujan.
 Baru-baru ini hujan turun lebih kurang 2 jam dan berlaku banjir sana sini sebab sistem peparitannya tidak baik. Orang arab  punya seronok dan "raya hindu" la bila jumpa hujan. Bila berlaku peralihan cuaca panas ke sejuk... mula penyakit datang..yang kurang vitamin c...kena selesema atau demam dan ada juga cirit birit.... semuanya disebabkan perubahan cuaca.

So diingatkan kepada kengkawan supaya jaga kesihatan dan bawa vitamin c banyak2 ketika menghadapi peralihan musim. untuk tatapan semua ada gambar dekat kubur firaun dan ketika di port said. Jumpa lagi maa salamah
 
Mawardi Che Man

08 November 2008

3 free ways to open Word documents without Office


 

Thursday, November 6th, 2008 at 6:48 pm by Nicholas Mead

Free, Mac, Productivity, Tips, Utilities, Web, Windows

Yesterday my father rang me wanting some help with opening a Microsoft Word document. He didn't have Microsoft Office installed, there was no way he was going to pay up to $229 to buy it and to cap it all, he'd never even used a word processor before. I shuddered at the challenge that lay ahead of me but to my pleasant surprise, within 10 minutes I'd taught him how to open, edit, save and even send the document by e-mail - and all without having to have Microsoft Office or Word installed on his computer. If my dad can do it, anyone can and so here's 3 ways that you can do the same:


1. Google Docs

If you've received the document by e-mail, download it, go to Google Docs and upload it. Note that you'll need to sign-up for a Google Account first.


Simply browse to the file you want to upload and it will open automatically in Google Docs.


From there you can edit it in much the same way as you can in Word and send it by e-mail directly from your Gmail account.




2. Open Office

Download the free Open Office suite and you can open documents in Writer.

This method offers you far more editing power than Google Docs although because it requires downloading and setting-up the suite, is marginally more lengthy and complicated. However, when Open Office is installed, you've got yourself a fully functional Office suite that's comparable to MS Office absolutely free!


3. Microsoft Word Viewer 2003

This is a purely viewing only software offered for free by Microsoft which enables you to open Word documents but not edit them. This is fine if all you want to do is read a document but don't need to fill in any details, change it or basically edit it in any way.


http://en.onsoftware.com/3-free-ways-to-open-word-documents-without-office/

05 November 2008

Lawatan ke Bandung, Indonesia

Assalamualaikum,


Persatuan Pegawai Syariah Malaysia akan menganjurkan lawatan ke Bandung pada 21-24 Disember 2008. Sesiapa yang berminat sila hubungi :-

Mohd Yunus b. Mohd Zin - 03-22742990 / 019-2355159

Jangan lepaskan peluang.. Sila daftar segera sebelum

21 November 2008!!!!!!!

Hari 1 K.LUMPUR- JAKARTA

Berkumpul di KLIA untuk penerbangan ke Jakarta. Setibanya di Jakarta, anda akan disambut oleh wakil kami untuk menikmati makan malam di restoran tempatan, selepas itu anda akan dibawa ke hotel untuk daftar masuk ke hotel. Bermalam di Jakarta.

Hari 2 JAKARTA – PUNCAK-BANDUNG

Selepas sarapan, check out hotel dan bertolak ke Bandung, dalam perjalanan singgah melawat ke Taman Mini Indonesia. Perjalanan diteruskan ke Puncak, dalam perjalanan ke Puncak anda akan dibawa singgah di Cianjur Market untuk membeli pelbagai makanan ringan seperti jeruk salak,dendeng, kerupuk udang dan aneka makanan ringan. Setibanya di Puncak, anda akan singgah solat di Masjid Attawud dan bergambar disitu. Turun semula ke Bandung. Check in ke Hotel. Makan malam dan makan tengahari direstoran tempatan. Bermalam di Bandung.

Hari 3 BANDUNG FULL DAY+SHOPPING

Selepas sarapan, melawat Tangkuban Perahu dan Strawberry Farm. Kemudian masa bebas membeli belah di beberapa Factory Outlet di Jalan Riau antaranya Rumah Mode (rangkaian factory outlet terbesar di Bandung), Donatello Leather & Shoes Factory dan Heritage & Summit Factory Outlet. Makan malam tengahari dan malam direstoran tempatan. Bermalam di Bandung.

Hari 4 JAKARTA-K.LUMPUR

Sarapan pagi, membeli belah di Pasar Besar dan makan tengahari. Bertolak balik ke Lapangan Terbang Jakarta dan meneruskan penerbangan pulang ke K.Lumpur.

HARGA PAKEJ

Dewasa RM 1380

Kanak-kanak RM 1100

HARGA PAKEJ TERMASUK:

1. Tiket penerbangan pergi dan balik, KLIA - JAKARTA, termasuk cukai lapangan terbang

2. Penginapan di hotel 2 orang sebilik

3. Makanan dan minuman seperti dalam jadual

4. Pemandu pelancong tempatan

5. Pengangkutan perjalanan seperti yang tertera dalam jadual


HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK

Lebihan bagasi , perbelanjaan sendiri, porterage dan pasport

NOTA:

· Pasport antarabangsa hendaklah sah sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh berlepas.

· Pihak urusetia bersedia membantu untuk menyediakan pasport terhad secara berkumpulan, terutamanya yang tinggal sekitar Lembah Kelang.

· Deposit sebanyak RM 800.00 seorang semasa pendaftaran secara tunai atau dimasukkan dalam akaun urusetia

02 November 2008

Tinta Presiden PPSM


Pemerhatian Berkaitan Nilai Hidup yang diamalkan oleh Barat(Kajian di Oxford)- Bahagian Pertama

YAA,YA,Tuan-tuan dan Puan-puan.
Assalamualaikum w.b.t.h

Saya akan berkongsi bersama dengan tuan/puan berkaitan pengalaman dan pemerhatian saya sepanjang berada di Oxford ini sebagai renungan dan pengajaran kepada kita bersama. Seperti yang kita semua maklum Allah s.w.t sentiasa menyuruh kita untuk berjalan dimuka bumiNYA untuk mempelajari dan mengambil iktibar akan apa yang kita perhatikan.Sudah tentu pemerhatian yang saya buat ini tidak ada kena mengena secara langsung dengan tugasan saya disini tetapi ianya merupakan satu perkara yang menarik dan menjadi ‘guru’ mengajar saya akan makhluk dan juga segala ciptaan Allah s.w.t. Mungkin shabat-sahabat lain yang pernah datang ke UK ini samada untuk menghadiri kursus jangka pendek atau bercuti boleh menambah atau memberi pandangan berdasarkan pemerhatian mereka. Apa yang penting ialah perkongsian pengalaman ini dapat digunakan untuk kita menginsafi betapa agungnya ciptaan Allah dan juga betapa untungnya kita semua yang telah diberikan nikmat IMAN DAN ISLAM. Dalam catatan-catatan saya tuan/puan akan dapati pandangan dan pemerhatiaan saya tentang nilai-nilai murni/positif yang ada pada orang barat dan juga nilai-nilai yang negative.Saya akan mulakan dengan nilai-nilai yang negatif dahulu.

Sepertimana yang pernah saya maklumkan dahulu, Oxford adalah merupakan sebuah Bandar Universiti. Dengan lain perkataan lebih dari separuh penduduk disini adalah terdiri dari golongan pelajar yang terpelajar. Sebagai orang yang terpelajar sudah tentu ilmu yang dipelajari akan dapat membentuk peribadi yang baik samada pada waktu siang mahupun pada malamnya. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.Untukmakluman semua, bilik saya di OCIS ini berada ditengah bandar i.e High Street jadi saya boleh nampak dengan jelas kelakuan golongan pelajar Oxford University ini yang disebabkan oleh pengaruh alkohol bertindak liar dengan menjerit-jerit ditengah jalan dan memaki hamun orang ramai termasuklah orang-orang tua. Disini jelas menunjukkan betapa cantiknya Islam itu yang telah Berjaya mengharamkan arak kira lebih 1400 tahun dahulu lagi. Apabila seseorang mengambil dan meminum arak kesannya begitu besar sehingga boleh mengubah perangai dan gaya hidup golongan yang terpelajar ini dimana mereka sanggup melakukan segala macam perbuatan yang tak selayaknya dilakukan oleh mereka dikhalayak ramai.

Pada hari Isnin minggu yang lepas , saya telah diajak oleh seorang rakan untuk pergi minum disebuah shopping complex yang berdekatan. Semasa minum kami banyak berbincang berkaitan kehidupan sebagai seorang Muslim di Britain ini. Rakan saya ini adalah rakyat Britain beragama Islam dan mempunyai 3 orang anak.Saya banyak bertanya kepada beliau tentang cabaran yang dihadapi oleh beliau dan Orang Islam disini khususnya tentang persekolahan dan pembesaran anak-anak. Beliau bersetuju bahawa perkara ini merupakan salah satu cabaran besar yang dihadapi oleh kebanyakan Mulims di Negara ini. Menurut beliau lagi nilai keagamaan sudah hampir hilang di kalangan mereka-mereka yang beragama Kristian. Gereja-gereja mereka telah kosong dan tidak berpenghuni. Saya sendiri telah melihat beberapa gereja dan synagogue yang telah dibeli oleh orang Islam khususnya di London dan telah ditukar kepada Mesjid.

Alhamdulillah. Menurut beliau suasana sedemikian tidak wujud 20tahun yang lalu. Nilai-nilai kekeluargaan dan moral dan etika yang baik masih dipegang dengan kuat. Sekarang keadaan sudah berubah. Free Sex(dengan izin)dikalangan remaja sekolah berleluasa. Menurut beliau lagi hampir separuh atau lebih golongan remaja dan belia di Britain adalah ‘Bastards’ (istilah yang digunakan di sini bagi merujuk kepada anak-anak luar nikah).

Rakan saya ini menunjukkan kepada saya beberapa orang perempuan yang masih muda remaja lagi bersama bayi dan anak-anak kecil sedang beratur di hadapan post office dan juga di ATM machine. Rupanya mereka ini akan datang ketempat-tempat ini untuk mengambil ‘benefit’masing-masing e.g child benefit. Apa yang saya dapat perhatikan ialah budak-budak muda ini tidak ditemani suami lalu rakan saya menjelaskan bahawa kebanyakan mereka ini tidak mengetahui siapa bapa kepada anak-anak tersebut dan pada hakikatnya mereka tidak kisah pun kerana pada mereka dengan adanya ‘anak-anak’ ini kerajaan Britain akan memberikan mereka rumah dan segala macam benefit secara percuma. Mereka tidak perlu untuk bekerja pun. Apa yang perlu mereka buat ialah dapatkan ‘anak’dari siapa sahaja kemudian boleh pergi ke Local Council untuk dapatkan rumah percuma. Setiap anak yang lahir akan dapat child benefit yang akan dikongsi bersama oleh ibu tunggal tersebut. Oleh kerana wanita tadi tidak dapat memberikan maklumat berkaitan ‘bapa’ kepada anak tersebut maka rakyat Britain secara umumnya berpandangan bahawa Child Support Agency telah gagal berfungsi secara berkesan. Menurut rakan saya itu lagi bagaimana wanita tersebut boleh berikan maklumat tentang lelaki tersebut sedangkan mereka hanya bertemu di jalan pada waktu malam dan bawa balik kerumah dan keesokan harinya lelaki itu sudah menghilangkan diri dan selepas beberapa bulan anak pun lahir.

Seterusnya saya bertanya pada rakan saya ini dimana kerajaan dapat wang berikan benefits kepada ibu-ibu tunggal ini lalu dia jawab dari cukai yang kerajaan kenakan pada dia dan mereka2 yang bekerja. Saya tanya pada dia lagi adakah mereka2 yang bekerja tidak marah dengan keadaan begini dia jawab that is the law of a welfare state. Secara kasarnya katalah seorang itu bekerja selama 8 jam sehari, 3 jam pertama itu akan di kenakan cukai dan akan diberikan antara lain kepada manusia-manusia yang tak bekerja tadi. Diakhir perbincangan kami bersependapat bahawa kalau keadaan ini berterusan dalam 10 tahun yang akan datang masyarakat dan Negara ini akan rosak dan hancur. Jadi keadaan beginilah yang telah menimbulkan dilemma kepada masyarakat Islam termasuklah rakan saya ini yang bimbang dengan pengaruh negatif ini keatas anak-anak mereka disana. Semasa saya di London 2 minggu lepas saya sempat melawat Islamic School yang ditubuh dan diasaskan oleh Yusuf Islam (Cat Steven). Ini satu alternative dan perancangan yang baik bagi memelihara generasi muda Islam di UK tetapi seperti biasa tidak semua yang mampu untuk menghantar anak-anak mereka kesekolah2 private seperti itu.

Setakat ini dahulu tuan/puan,InshAllah dilain masa saya kita akan bertemu lagi.
Wassalam

Dr. Mohd Na’im Mokhtar
Oxford

20 Oktober 2008

Terapi solat

Terapi solat


Oleh Ziauddin Sharuddin

zia@bharian.com.my (BH-20/10/2008)


KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan
solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan
kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal
dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.

SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian.


Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap
gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta
tahiyat awal dan tahiyat akhir.

Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?


Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali
setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba
kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia.


Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam
mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.


Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan,
termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan
Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM)
yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan
Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.

Penggerak kajian ini
ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui
geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan
nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk
dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan
aktiviti otot.

Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian
itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh
manusia dari segi kejuruteraan.

Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.


“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji
aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku
kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi
tubuh,” katanya.

Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa
ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini
dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan
Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa
Melayu dan Inggeris.

Setakat ini, kajian itu adalah yang
pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah
ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap
seperti yang dilakukan UM.

Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud.


Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti
dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi
dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya
solat tahajud boleh merawat barah.

Kajian lain dilakukan oleh
tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed
Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi
tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.


Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi
jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu.


Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian
berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan
solat antara orang biasa dan ulama.

“Kajian itu akan mengkaji
isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak
orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita
menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya.


Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela
menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang
menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari
kumpulan tertentu.

Berbanding kajian awal yang mengesahkan
solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian
lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit.


Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh,
katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi
kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara
gerakan solat merawat penyakit itu.

17 Oktober 2008

Risalah minal Misr 2


Assalamualaikum...

kulluna bilghair... walakin al-batinu.....mmmm ghair sihah..???

faham-faham aje ler... Nahnu nabdak taalum derasatina fi markaz al-qaumi munzu usbu' al-qadimmm.

perkara yang diajar kebanyakkannya dalam bahasa arab fushah..selepas beberapa minit jadi arab ammi pula...

apa-apa pun kami masih faham...sebab dah makan ishh, syawirma...kurma dll...

petua utama nak cakap arab kena minum air sungai nil dulu...

Aktiviti untuk ppsm... kami bertemu dengan student rumah Sabah dan Sarawak. coming soon rumah Kedah... insyaallah kalau tiada halangan dari sohibul bait (pengurus rumah) semua rumah anak negeri akan dilawati.. kebanyakkan student.. tak tahu apa nak buat selepas belajar... target utama mereka guru J-Qaf.. yang lain-lain jawatan mereka tak nampak..

Ni ada nambar di mesir semasa sambutan hari raya



dan markaz qaumi



Gambar berbuka posa dirumah sewa dgn geng perempuan dan gambar di iskandariah


Dari Sheikh Al Mawardi di Mesir

terbitan alamkia..

15 Oktober 2008

Khabar Pegawai Syariah dari Cairo, Mesir.

Berikut adalah secebis berita bergambar yang dikirimkan oleh sahabat kita dari Mesir untuk tatapan bersama-

Kami semua berhari raya di Haiyu Asyir bersama pelajar-pelajar Malaysia di sini.. hampir 2 ribu orang yang hadir. Sempat juga bergambar dengan dato' duta malaysia.


Kami atas inisiatif sendiri menyertai kelas bahasa arab di Markaz Al-Qaumi. dah mula pengajian Bahasa Arab di situ.


manakala di bawah ini adalah gambar rumah penginapan yang kami menyewabertungkus lumus mencari rumah untuk berteduh...penat juga berurusan dengan Tok Arab ni... takmin.. baksis ...la,

Doakan agar kami tabah dan berjaya,

Dari Mawardi Che Man bagi pihak semua Pegawai Syariah di Mesir.

12 Oktober 2008

PPSM proaktif martabat kuasa Mahkamah Syariah

PPSM proaktif martabat kuasa Mahkamah Syariah

Oleh Hasliza Hassan
hasliza@bharian.com.my




Sedia bimbing masyarakat fahami perundangan Islam

PERSATUAN Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) kini meluaskan fungsinya melalui jalinan hubungan secara langsung dengan masyarakat untuk berkongsi pengalaman serta pengetahuan khususnya dalam bidang perundangan syariah supaya dapat dimanfaatkan bersama.

Presidennya, Dr Mohd Na'im Mokhtar, berkata hasrat itu mampu direalisasikan dengan memperbanyakkan jalinan hubungan, mengadakan perbincangan serta forum ilmiah bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain.

Katanya, pertemuan demi pertemuan itu nanti dapat menjurus kepada usaha mencapai matlamat menyalurkan ilmu serta maklumat diperlukan masyarakat terutama dalam mempertahankan isu berkaitan Islam.

"Boleh dikatakan semua perkara berkaitan perundangan Islam seperti maklumat mengenai hak, isu kekeluargaan dan bagaimana berurusan dengan Mahkamah Syariah boleh dirujuk kepada pegawai syariah.

"Justeru, dengan kelebihan yang ada pada pegawai syariah melalui PPSM diharap kita dapat menyalurkan maklumat diperlukan masyarakat untuk dimanfaatkan dan pada masa sama memberi penjelasan terhadap isu berkaitan Islam," katanya.

Beliau berkata, sudah tiba masanya PPSM mengambil langkah proaktif supaya kewujudan mereka dapat dirasai melalui sumbangan yang diberikan apatah lagi dalam keadaan hari ini di mana umat Islam sentiasa dahagakan ilmu serta maklumat jelas.

PPSM yang ditubuhkan pada 1998 bertujuan menjadi landasan untuk pegawai syariah bertemu dan berbincang mengenai isu berkaitan perundangan Islam serta berusaha memartabatkan kuasa Mahkamah Syariah.

Objektif persatuan yang mewakili 300 pegawai yang berkhidmat di Mahkamah Syariah seluruh negara itu juga antara lain mengeratkan hubungan sesama mereka, menjaga kebajikan ahli dan sebagai landasan mengembangkan bakat ahli melalui aktiviti luar yang mendatangkan faedah.

Ahli PPSM terdiri daripada Ketua Hakim Mahkamah Syariah, Hakim Mahkamah Rayuan, Ketua Hakim Mahkamah Syariah negeri, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah negeri, Hakim Mahkamah Rendah Syariah negeri, Pendaftar Mahkamah Syariah, pegawai sulh, pegawai syariah di jabatan kehakiman syarie Malaysia (JKSM), pegawai syariah di Jabatan Peguam Negara dan kementerian.

Dr Na'im yang juga Ketua Penolong Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga JKSM berkata, walaupun penubuhan PPSM pada mulanya lebih kepada menjaga kebajikan ahli, itu tidak membataskan fungsi mereka untuk tampil seiring NGO lain yang aktif menganjurkan aktiviti memperkasakan masyarakat dengan pengetahuan mengenai undang-undang dan Islam.

Justeru katanya, selepas asas kuat dibina untuk memperkukuh dan memastikan kebajikan ahli terjamin, PPSM sudah bersedia memperkenalkan diri mereka kepada masyarakat seterusnya menghulurkan bantuan yang diperlukan.

"Sejak penubuhan aktiviti kita banyak tertumpu kepada usaha menjaga kebajikan ahli termasuk membantu dalam aspek pendidikan anak-anak ahli PPSM. Usaha itu sejajar matlamat penubuhan sebagai tempat rujukan pegawai syariah seluruh negara.

"Matlamat itu masih diteruskan, tetapi kita melihat kelebihan serta kemampuan yang ada pada ahli boleh dikembangkan lagi melalui pembabitan mereka dalam kegiatan kemasyarakatan. Ini juga hasrat Ketua Pengarah JKSM, Datuk Ibrahim Lembut supaya PPSM dapat ke depan untuk berkhidmat kepada masyarakat," katanya.

Ditanya kenapa selepas 10 tahun ditubuhkan baru kini PPSM bersedia untuk membuka mulut terutama dalam menangani isu membabitkan Mahkamah Syariah dan perundangan Islam, Dr Na'im menjelaskan, tumpuan utama persatuan sejajar penubuhannya adalah berkisar kepada kebajikan ahli.

Bagaimanapun katanya, hasil perbincangan serta percambahan fikiran ahli PPSM, disuarakan hasrat supaya PPSM lebih aktif berjuang memartabatkan institusi Mahkamah Syariah dan perundangan Islam yang sering berhadapan dengan kecaman disebabkan kurang maklumat atau penjelasan dalam isu yang dibangkitkan.

Tidak dinafikan katanya, selama ini kebanyakan isu mengenai perundangan Islam banyak dirujuk kepada Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dan kini, PPSM boleh menjadi gandingan yang baik bagi meningkatkan kefahaman masyarakat dalam hal berkaitan.

Justeru katanya, walaupun mengambil masa agak lama tetapi masih belum terlambat untuk PPSM menerusi ahlinya yang terdiri daripada pegawai syariah menggunakan persatuan sebagai landasan membantu memperjelaskan kekeliruan yang dihadapi masyarakat di luar sana.

Semua itu akan dilakukan melalui saluran yang betul seperti mengadakan konvensyen, bengkel, seminar serta forum bagi menyalurkan maklumat dan memperjelaskan isu berbangkit dengan lebih berkesan.

"Sebagai penjawat awam, kita tidak boleh bercakap secara individu untuk mempertahankan Mahkamah Syariah. Jadi, kita perlu ada satu saluran dan persatuan adalah landasan terbaik. Apatah lagi, ahlinya PPSM adalah kalangan mereka yang memang terbabit dalam bidang syariah dan berkhidmat di Mahkamah Syariah.

"Sekarang PPSM akan membantu masyarakat memahami sesuatu itu dengan lebih mendalam. Malah, kita akan bergabung dengan badan lain seperti Jawatankuasa Penyelaras Perikatan NGO Islam (ACCIN) atau pertubuhan lain. Apabila bergabung, suara kita akan menjadi lebih kuat," katanya.

Dr Na'im berkata, tugas ahli dalam persatuan jelas iaitu selain berkongsi maklumat ialah mempertahankan kecemerlangan yang dicapai JKSM memperkenalkan sistem elektronik e-Syariah bagi memantapkan sistem penyampaian pentadbiran Mahkamah Syariah dan hal ehwal Islam.

Beliau berkata, sebagai pendukung dan penyokong JKSM, PPSM akan sentiasa memastikan perundangan Islam dan Mahkamah Syariah tidak dipandang serong hanya kerana salah faham atau timbul kes terpencil yang diperbesarkan pihak tertentu.

Katanya, menjadi harapan PPSM supaya kehadiran persatuan itu dapat diterima dan bersama persatuan serta pertubuhan sedia ada, mereka dapat membantu menangani permasalahan berbangkit khususnya berkaitan undang-undang Islam dan Mahkamah Syariah dengan lebih berkesan.

07 Oktober 2008

Salam Dari Oxford








YAA,YA,Tuan dan Puan

Assalamualaikum wbth

Alhamdulillah dengan rahmat dan kekuasaan Ilahi saya telah selamat sampai di bumi Oxford dan akan memulakan program fellowship saya di OCIS Oxford University mulai hari esok 7Okt 2008.

Harapan dan doa saya semoga Tuan2 dan Puan akan sentiasa diberi rahmat dan keberkatan ditanahair yang tercinta dan bagi mereka yang sedang berpuasa 6 Syawal diucapkan selamat berpuasa semoga Allah menerima ibadah puasa kalian di tahun ini.





Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Melaporkan diri bagi pegawai-pegawai syariah LS41 yang baru yang akan mula lapor diri pada 9hb ini. Semoga kehadiran mereka ini akan memberi kekuatan kepada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan juga akan dapat membantu PPSM.

Akhir kalam Wassalam dan selamat meneruskan perjuangan dan doakan saya disini.

Ikhlas

Dr. Mohd Na'im Mokhtar
Presiden PPSM

09 September 2008

Perutusan Tuan Presiden - sempena Ramadhan 1429h

YAA,YA,Tuan dan Puan Sekelian

Assalamualaikum w.b.th

Segala Pujia-pujian bagi Tuhan Sekelian Alam.Selawat dan Salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan Para Sahabat Baginda keseluruhannya.

Alhamdulillah marilah kita bersama memanjat kesyukuran kehadrat Ilahi diatas Inayah dan kehidupan yang diberikan kita semua telah diberi kesempatan untuk bertemu sekali lagi dengan bulan yang muia ini RAMADHAN AL MUBARAK.

Saya dan barisan Exco baru Persatuan Pegawai Syariah Malaysia sesi 2008/10 ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan. Semoga Allah memberkati segala amal ibadah kita sepanjang bulan yang mulia ini dan menjadikan "Madrasah Ramadhan" ini sebagai medan yang terbaik untuk kita memerdekakan diri kita dari segala sifat-sifat yang mazmumah seterusnya menjadikan diri kita Pegawai-pegawai Syariah yang benar-benar bertakwa kepada Khaliqnya.

Adalah menjadi harapan yang besar dari kami dalam barisan kepimpinan yang baru dalam persatuan yang kita sayangi agar YAA,YA,Tuan dan Puan dapat menyalurkan kepada kami apa jua bentuk bantuan khususnya idea-idea yang menarik bagi kita pelbagaikan aktiviti-aktiviti persatuan bagi kebaikan bersama pada masa hadapan. Sesungguhnya kejayaan Persatuan kita ini akan hanya boleh direalisasikan dengan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh Exco dan juga kerjasama yang mantap dari ahli-ahli sekelian. Tanpa kalian semua siapkah kami yang berada dibarisan kepimpinan ini. Oleh itu marilah kita bersama wujudkan kesatuan pemikiran(Wihdataul Fikri) bersempena dengan Roh Ramdhan ini untuk kita Mertabatkan Syariah,Jabatan Syariah Kehakiman Malaysia dan juga Negeri-negeri serta Persatuan Pegawai Syariah Malaysia yang kita sayangi ini.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan kepimpinan PPSM yang terdahulu khususnya pada era kepimpinan Tuan Hj Abdul Walid Hassan yang telah berjaya membina asas yang kukuh pada PPSM ini. Harapan kami Exco baru agar kami diberikan tujuk ajar dan diberikan teguran semasa menjalankan amanah yang besar ini untuk tempoh 2 tahun yang akan datang.

Akhir kalam suka saya ingin mengingatkan diri saya dan semua ahli-ahli supaya sentiasa berfikir dan berusaha untuk merealisasikan kesemua nasihat,saranan yang telah disampaikan oleh kesemua pembentang kertas kerja khususnya Amanat yang telah disampaikan oleh Y.A.A Datuk Ibrahim Lembut Ketua Pengarah JKSM yang kita sayangi didalam Persidangan Pegawai Syariah yang baru berakhir pada minggu lepas.

Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati YAA,YA,Tuan dan Puan.

Mohon kemaafan atas segala bentuk kesilapan dan kekurangan.


Ikhlas,

DR.MOHD NA'IM BIN MOKHTAR
PRESIDEN
PERSATUAN PEGAWAI SYARIAH MALAYSIA SESI 2008/10

07 September 2008

AHLI JAWATANKUASA PPSM SESI 2008 - 2010

AHLI JAWATANKUASA PPSM SESI 2008 - 2010


1. Dr. Haji Mohd. Na'im bin Mokhtar- Presiden

2. Y.A. Tn. Abu Bakar bin Mohd. Daud- Timb. Presiden

3. Y.A. Tn. Hj. Mohd. Shakir bin Abdul Hamid - Naib Presiden I

4.Pn. Haznita bt. Hamidon - Naib Presiden II

5. Tn. Abu Suffian bin Abu Yazid - Setiausaha

6. Pn. Rozita bt. Ramli* - Pen. Setiausaha I

7. Pn. Maszuriati bt. Abdul Aziz* - Bendahari

8. Tn. Faiyzan bin Ahmad* - Pen. Bendahari

9.Tn. Mohd. Ridzwan bin Ghazali - Ketua Biro Ekonomi

10. Tn. Mawardi bin Che Man - Ketua Biro Kebajikan.

11. Tn. Ahmad Irwan bin Ismail - Ketua Biro Sosial dan Sukan.

12. Tn. Amran bin Mohd. Zain - Ketua Biro Tugas-Tugas Khas

13. Tn. Zainor Rashid bin Hassin - Ketua Biro Penerangan dan Pendidikan

14. Pn. Rafidah bt. Abdul Razak - Ketua Biro Hal Ehwal NGO dan HEWA.

15. Cik Surayah bt. Ramly - Ketua Biro Antarabangsa.


Nota:

* Dipilih oleh EXCO PPSM, selain itu adalah Exco yang dipilih oleh ahli dalam Mesyuarat Agong PPSM kali ke 6 (26 Ogos 2008) di AuditoriumAbu Zarim, Institut Latihan TNB- ILSAS, Bangi, Selangor


 

Sample text

Anda Pengunjung ke-

Sample Text