Buat julung-julang kalinya, Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM0 dengan kerjasama Jabatan kehakiman Syariah Malaysia akan menganjurkan temasya Sukan Mahkamah Syariah kali-1 (SMS1) pada 17 hingga 20 Disember ini di negeri terengganu darul Iman.
Naib Presiden 2, PPSM, Tuan Mawardi Che Man berkata, hasrat penganjuran SMS1 adalah untuk meningkatkan semangat kerjasama dan kerja berpasukan serta memperkasa jalinan kerjasama antara JKSM, JKSN dan MSN.
“Jalinan kerjasama yang sediada erat antara JKSM dan JKSN / MSN boleh diperkasakan melalui penganjuran SMS1 ini.
“Pelaksanaan SMS1 ini dirancang dengan penglibatan semua warga kerja JKSN dan MSN serta warga kerja skim Pegawai Perkhidmatan Gunasama Persekutuan / Negeri gred LS yang berada di agensi-agensi luar seperti Jabatan Peguam Negara, Jabatan Bantuan Guaman, Bahagian Pendakwaan dan lain-lain, katanya.
Antara acara yang bakal dipertandingkan adalah kejohanan futsal, bola tampar, bola jarring, ping pong, badminton dan lain-lain lagi.
Temasya sulung ini dijangka lebih meriah dengan penyertaan 15 Kontijen dari seluruh negara. Hingga kini, Mesyuarat Jawatankuasa Induk SMS1 pada 27 Ogos lalu telah bersetuju supaya kategori penyertaan SMS1 adalah seperti mana berikut :
1.
|
JKSN Perlis
|
Semua warga kerja JKSN Perlis / Skim LS di jabatan lain negeri Perlis
|
2.
|
JKSN Pulau Pinang
|
Semua warga kerja JKSN Pulau Pinang / Skim LS di jabatan lain Pulau Pinang
|
3.
|
JKSN Kedah
|
Semua warga kerja JKSN Kedah / Skim LS di jabatan lain negeri Kedah
|
4.
|
JKSN Kelantan
|
Semua warga kerja JKSN Kelantan / Skim LS di jabatan lain negeri Kelantan
|
5.
|
JKSN Terengganu
|
Semua warga kerja JKSN Terengganu / Skim LS di jabatan lain negeri Terengganu
|
6.
|
JKSN Pahang
|
Semua warga kerja JKSN Pahang / Skim LS di jabatan lain negeri Pahang
|
7.
|
JKSN Perak
|
Semua warga kerja JKSN Perak / Skim LS di jabatan lain negeri Perak
|
8.
|
MS Wilayah Persekutuan
|
Semua warga kerja MSWP / Skim LS di jabatan lain Wilayah Persekutuan
|
9.
|
JKSN Selangor
|
Semua warga kerja JKSN Selangor / Skim LS di jabatan lain negeri Selangor
|
10.
|
JKSM
|
Semua warga kerja JKSM dan Skim LS di Jabatan Bantuan Guaman, Pejabat Peguam Negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita.
|
11.
|
JKSN Negeri Sembilan
|
Semua warga kerja JKSN Negeri Sembilan / Skim LS di jabatan lain Negeri Sembilan
|
12.
|
JKSN Melaka
|
Semua warga kerja JKSN Melaka / Skim LS di jabatan lain negeri Melaka
|
13.
|
JKSN Johor
|
Semua warga kerja JKSN Johor / Skim LS di jabatan lain negeri Johor
|
14
|
JKSN Sarawak
|
Semua warga kerja JKSN Sarawak / Skim LS di jabatan lain negeri Sarawak
|
15.
|
JKSN Sabah
|
Semua warga kerja JKSN Sabah / Skim LS di jabatan lain negeri Sabah
|
Maklumat lanjut mengenai SMS1 boleh diperolehi menerusi Kelab-Kelab Jabatan masing-masing. Bagi Kelab Kebajikan dan Sukan JKSM, sila hubungi Encik Anauar Idris (Abang Nuar) ext. 4211.
berita lanjut dan pengumuman berkaitan dengan sukan ini sila ke www.sukanms.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan