SEMINAR KEBANGSAAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM
“NIKAH BAWAH UMUR : PATUT ATAU TIDAK
PENGENALAN
Dalam Akta/Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Islam di negeri-negeri memperuntukkan bahawa seorang lelaki layak untuk berkahwin apabila berumur 18 tahun ke atas manakala perempuan pula berusia 16 tahun ke atas.
Walaubagaimanapun dalam undang-undang yang sama juga turut membenarkan lelaki atau perempuan yang di bawah umur untuk berkahwin tetapi dengan mendapat kebenaran daripada Mahkamah Syariah. Oleh itu isu perkahwinan bawah umur sering menjadi kontroversi dari semasa ke semasa.
Masyarakat moden menganggap pelajar sekolah rendah(7-12)) belum layak berkahwin lagi. Ada juga yang menyatakan pelajar sekolah menengah rendah (13-15) juga belum layak mengandung, melahirkan anak dan menyusukan anak. Pada peringkat ini , mereka lebih sesuai belajar di sekolah dan mengalami serta merasai keindahan dunia remaja secukupnya. Pada Mac 2010, negara digemparkan oleh berita perkahwinan seorang kanak-kanak perempuan Siti Nur Zubaidah Hussin (11 tahun) dengan seorang lelaki Shamsuddin Che Derahman @ Sudin Ajaib ( 40 tahun) di Kelantan. Selanjutnya pada November 2010 , seorang perempuan bernama Siti Maryam Binti Mahmod ( 14 tahun ) telah berkahwin dengan seorang lelaki berumur 21 tahun. Perkahwinan pasangan ini telah mendapat kebenaran daripada pihak Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Namun begitu walaupun Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa untuk meluluskan perkahwinan di bawah umur, walaubagaimanapun keputusan tersebut sering dikritik oleh orang ramai. Justeru itu sudah sampai masanya untuk semua pihak untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas berhubung dengan perkara ini samada dari sudut perundangan semasa, hukum Syara’ dan juga pandangan ahli-ahli perubatan.
OBJEKTIF
1. Memberi kefahaman berhubung dengan peruntukan hukum Syara’, undang-undang dan perubatan berhubung dengan perkahwinan di bawah umur.
2. Memberi peluang kepada peserta untuk berbincang berhubung dengan isu perkahwinan di bawah umur
·3. input kepada pengamal dan pelaksana undang-undang berhubung dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkahwinan bawah umur
4. Mendidik masyarakat untuk memahami situasi semasa berhubung dnegan isu perkahwinan di bawah umur
5. Menambah pengetahuan para peserta berhubung dengan peruntukan undang-undang Keluarga Islam
SASARAN PESERTA
450 orang peserta dibuka dari kalangan Hakim-Hakim Syarie, Peguam Syarie Seluruh Malaysia, Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk di Jabatan Agama Islam negeri-negeri, Pegawai Kaunselor Kanak-Kanak Lembaga Kemajuan Penduduk Negara, Ahli-Ahli Akademik, Pegawai di agensi-agensi kerajaan yang berkaitan seperti JAKIM, Jabatan Peguam Negara dan SENADA, badan bukan kerajaan serta pelajar di Institut Pengajian Tinggi Awam atau Swasta dan orang perseorangan.
PENDAFTARAN PENYERTAAN
Untuk penyertaan seminar, bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut :
Agensi kerajaan / swasta RM150
Pelajar IPTA / IPTS RM 50
Pembayaran boleh dibuat menerusi Pesanan Tempatan (LO) atau bank-in kepada
Persatuan Pegawai Syariah Malaysia no. akaun Bank Islam Malaysia Berhad 16018010004088
TARIKH TUTUP PENYERTAAN
Sebelum atau pada 14 Januari 2011
DIRASMIKAN OLEH :
Y.B. MEJAR JENERAL DATO’ SERI JAMIL KHIR
BIN BHAROM, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
ANJURAN :
PERSATUAN PEGAWAI SYARIAH MALAYSIA
DENGAN KERJASAMA:
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA
PADA 29 JANUARI 2011 / 24 SAFAR 1432 H
DI HOTEL PUTRA (BERSEBELAHAN HOSPITAL PUSRAWI)
JALAN TUN RAZAK, KUALA LUMPUR
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :
Sekretariat Seminar Undang-Undang Keluarga Islam Tel : 03-88864800 - 4627 / 4614
Persatuan Pegawai Syariah Malaysia Faks : 03-88907770
Jabatan Kehakiman SYariah Malaysia
Aras 4, Blok D7, Parcel D Emel : mohd_yusof@esyariah.gov.my (016-657 3255)
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan zuhdee@esyariah.gov.my (019-9595002)
60657 Putrajaya
Blog ini merupakan laman rasmi PPSM. Ahli PPSM terdiri dari pegawai-pegawai kerajaan dalam skim perkhidmatan Pegawai Syariah yang berkhidmat sebagai Pegawai di JKSM, Hakim Syar'ie, Pendaftar, Ketua Pendaftar, Pegawai Penyelkidik, Pegawai Sulh dan Pegawai Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di Mahkamah Syariah negeri-negeri, Seksyen Syariah di Jabatan Peguam Negara, Penasihat Undang-undang (Syariah) negeri-negeri, Pendakwa Syarie negeri-negeri dan Peguam di Jabatan Biro Bantuan Guaman.
09 Januari 2011
15 November 2010
Perutusan Presiden PPSM
Saya ingin mengambil kesempatan ini bagi pihak seluruh barisan Exco PPSM untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Adha. Semoga Allah s.w.t menerima segala amalan qurban kita pada tahun ini dan diberi kekuatan Imaan Islaam dan amal untuk terus berjuang menegakkan syariat Islam di muka bumi Malaysia yang tercinta ini.
Wassalam
Dr Mohd Na'im Mokhtar
Presiden PPSM
20 Oktober 2010
"Mai pakat join Sukan Mahkamah” – Tuan Mawardi Che Man
Buat julung-julang kalinya, Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM0 dengan kerjasama Jabatan kehakiman Syariah Malaysia akan menganjurkan temasya Sukan Mahkamah Syariah kali-1 (SMS1) pada 17 hingga 20 Disember ini di negeri terengganu darul Iman.
Naib Presiden 2, PPSM, Tuan Mawardi Che Man berkata, hasrat penganjuran SMS1 adalah untuk meningkatkan semangat kerjasama dan kerja berpasukan serta memperkasa jalinan kerjasama antara JKSM, JKSN dan MSN.
“Jalinan kerjasama yang sediada erat antara JKSM dan JKSN / MSN boleh diperkasakan melalui penganjuran SMS1 ini.
“Pelaksanaan SMS1 ini dirancang dengan penglibatan semua warga kerja JKSN dan MSN serta warga kerja skim Pegawai Perkhidmatan Gunasama Persekutuan / Negeri gred LS yang berada di agensi-agensi luar seperti Jabatan Peguam Negara, Jabatan Bantuan Guaman, Bahagian Pendakwaan dan lain-lain, katanya.
Antara acara yang bakal dipertandingkan adalah kejohanan futsal, bola tampar, bola jarring, ping pong, badminton dan lain-lain lagi.
Temasya sulung ini dijangka lebih meriah dengan penyertaan 15 Kontijen dari seluruh negara. Hingga kini, Mesyuarat Jawatankuasa Induk SMS1 pada 27 Ogos lalu telah bersetuju supaya kategori penyertaan SMS1 adalah seperti mana berikut :
| 1. | JKSN Perlis | Semua warga kerja JKSN Perlis / Skim LS di jabatan lain negeri Perlis |
| 2. | JKSN Pulau Pinang | Semua warga kerja JKSN Pulau Pinang / Skim LS di jabatan lain Pulau Pinang |
| 3. | JKSN Kedah | Semua warga kerja JKSN Kedah / Skim LS di jabatan lain negeri Kedah |
| 4. | JKSN Kelantan | Semua warga kerja JKSN Kelantan / Skim LS di jabatan lain negeri Kelantan |
| 5. | JKSN Terengganu | Semua warga kerja JKSN Terengganu / Skim LS di jabatan lain negeri Terengganu |
| 6. | JKSN Pahang | Semua warga kerja JKSN Pahang / Skim LS di jabatan lain negeri Pahang |
| 7. | JKSN Perak | Semua warga kerja JKSN Perak / Skim LS di jabatan lain negeri Perak |
| 8. | MS Wilayah Persekutuan | Semua warga kerja MSWP / Skim LS di jabatan lain Wilayah Persekutuan |
| 9. | JKSN Selangor | Semua warga kerja JKSN Selangor / Skim LS di jabatan lain negeri Selangor |
| 10. | JKSM | Semua warga kerja JKSM dan Skim LS di Jabatan Bantuan Guaman, Pejabat Peguam Negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita. |
| 11. | JKSN Negeri Sembilan | Semua warga kerja JKSN Negeri Sembilan / Skim LS di jabatan lain Negeri Sembilan |
| 12. | JKSN Melaka | Semua warga kerja JKSN Melaka / Skim LS di jabatan lain negeri Melaka |
| 13. | JKSN Johor | Semua warga kerja JKSN Johor / Skim LS di jabatan lain negeri Johor |
| 14 | JKSN Sarawak | Semua warga kerja JKSN Sarawak / Skim LS di jabatan lain negeri Sarawak |
| 15. | JKSN Sabah | Semua warga kerja JKSN Sabah / Skim LS di jabatan lain negeri Sabah |
Maklumat lanjut mengenai SMS1 boleh diperolehi menerusi Kelab-Kelab Jabatan masing-masing. Bagi Kelab Kebajikan dan Sukan JKSM, sila hubungi Encik Anauar Idris (Abang Nuar) ext. 4211.
berita lanjut dan pengumuman berkaitan dengan sukan ini sila ke www.sukanms.blogspot.com
Saf kepimpinan baru PPSM kunjungi Dato’ Jailani
Seramai 9 orang exco Persatuan Pegawai Syariah Malaysia telah mengunjungi Setiausaha Politik kepada Y.A.B Perdana Menteri, Dato’ Jailani Ngah di pejabatnya di Aras 3, Blok Barat, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.
Delegasi diketuai Presiden PPSM sesi 2010-2012 yang baru dipilih iaitu Dr Haji Mohd Naim Bin Mokhtar, Tuan Mohamad Shakir Abd Hamid (Timbalan Presiden), Tuan Abu Sufian Abu Yaziz (Naib Presiden 1), Tuan Mawardi Che Man (Naib Presiden 2), Tuan Mohd Yusof SUlaiman (Setiausaha), Tuan Abdullah Zuhdee Abd Halim (Penolong Setiausaha) dan Puan Firdawaty Mohamad (Bendahari). Turut serta Puan Noor Hadina Ahmad Zabidi (Pendidikan) dan Puan Zuraidah Ayob (Badan Bukan Kerajaan).
Pertemuan hampir 2 jam itu bertujuan berkongsi idea dan bertukar pandangan antara Dato’ Jailani dengan saf kepemimpinan PPSM khususnya mengenai harapan serta cabaran untuk mendepani pelbagai isu khususnya berkaitan perundangan dan kehakiman di dalam mahu pun di luar negara.
Di akhir pertemuan, Dato’ Jailani menggesa supaya PPSM dapat menjadi model kepada pertubuhan atau persatuan lain dalam mengetengahkan isu-isu berkaitan syariah selain mengadakan program untuk kepentingan ahli.
20 Ogos 2010
PPSM prihatin penderitaan Datuk Hussain
Penderitaan bekas Hakim Rayuan JKSM, Datuk Hussain Ahamad terubat seketika dengan kunjungan beberapa exco Presiden Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) dikediamannya di Kajang Impian, Selangor, 25 Julai baru-baru ini.
Dalam ziarah kira-kira setengah jam itu, keceriaan Datuk Hussain jelas kelihatan pada raut wajahnya sebaik melihat kedatangan rombongan exco PPSM yang diketuai Presiden PPSM sesi 2010-2012, Dr Haji Mohd Naim Bin Mokhtar.
![]() |
| Dari kiri, Dr Mohd Naim, Zuhdee dan Mohd Yusof ketika menziarah Datuk Hussain yang kini terlantar akibat penyakit strok. |
Dr Mohd Naim turut melahirkan rasa simpati terhadap keadaan Datuk Hussain dan kesukaran yang dihadapi keluarga sejak beliau menghidap strok Mac lalu.
Pada kesempatan itu, Dr Mohd Naim yang juga Ketua Penolong Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga turut menyampaikan salam seluruh warga Pegawai Syariah kepada Datuk Hussain dan berdoa moga beliau cepat sembuh.
Kepada ahli keluarga pula, Dr Naim meminta mereka supaya banyak bersabar terhadap ujian Ilahi ini. Turut serta dalam ziarah itu, Setiausaha PPSM, Tuan Mohd Yusof Bin Sulaiman dan penolong Setiausaha Tuan Abdullah Zuhdee Abdul halim.
Tamat.
18 Ogos 2010
Pelancong Korea tertarik dengan sebatan syariah
Kaedah Sebatan syariah sebagai salah satu bentuk hukuman dalam undang-undang jenayah syariah telah menarik perhatian beberapa pelancong dari Korea Selatan untuk mengetahui dengan lebih mendalam.
Perkara ini diluahkan mereka ketika melawat PPSM dalam sesi taklimat di Bilik Perpustakaan JKSM, Putrajaya 18 Ogos yang lalu. Seramai 13 orang pelancong yang kebanyakkannya bekerja sebagai guru berpendapat sebatan syariah lebih baik kerana ia bersifat mendidik pesalah.
Kedatangan mereka disambut oleh Presiden, Dr Haji Mohd Naim Bin Mokhtar dan Timbalan Presiden Tuan Mohamad Shakir Bin Abdul Hamid.
27 Julai 2010
PPSM kongsi pengalaman dengan Hakim Nigeria
Sejajar dengan hasrat menjadikan PPSM sebagai persatuan yang memacu transformasi perundangan syariah di peringkat global, satu pertemuan telah berlangsung baru-baru ini antara Presiden PPSM, Dr Haji Mohd Naim Bin Mokhtar dengan beberapa Hakim Mahkamah Tinggi Sivil dari Nigeria.
Dalam pertemuan singkat di Palace Of Justice, Putrajaya, Dr Mohd Naim mengalu-alukan kedatangan rombongan 13 Hakim Mahkamah Tinggi Sivil ke negara ini dan mempelawa mereka untuk berkongsi maklumat serta idea mengenai perundangan syariah.
Pada kesempatan itu, mereka turut tertarik dengan kaedah sulh yang diamalkan di mahkamah Syariah di mana ia dilihat sebagai kaedah alternatif terbaik untuk mengurangkan kes tertangguh dan perbicaraan yang panjang.
Kunjungan Hakim Mahkamah Tinggi Sivil selama empat hari ke Malaysia bermula 27 Julai yang lalu adalah dalam siri lawatan ke beberapa negara Asean untuk berkongsi maklumat mengenai perundangan dan kehakiman sivil .
Langgan:
Catatan (Atom)



