Social Icons

Pages

Followers

20 Oktober 2010

Saf kepimpinan baru PPSM kunjungi Dato’ Jailani

Seramai 9 orang exco Persatuan Pegawai Syariah Malaysia telah mengunjungi Setiausaha Politik kepada Y.A.B Perdana Menteri, Dato’ Jailani Ngah di pejabatnya di Aras 3, Blok Barat, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Delegasi diketuai Presiden PPSM sesi 2010-2012 yang baru dipilih iaitu Dr Haji Mohd Naim Bin Mokhtar, Tuan Mohamad Shakir Abd Hamid (Timbalan Presiden), Tuan Abu Sufian Abu Yaziz (Naib Presiden 1), Tuan Mawardi Che Man (Naib Presiden 2), Tuan Mohd Yusof SUlaiman (Setiausaha), Tuan Abdullah Zuhdee Abd Halim (Penolong Setiausaha) dan Puan Firdawaty Mohamad (Bendahari). Turut serta Puan Noor Hadina Ahmad Zabidi (Pendidikan) dan Puan Zuraidah Ayob (Badan Bukan Kerajaan).



Pertemuan hampir 2 jam itu bertujuan berkongsi idea dan bertukar pandangan antara Dato’ Jailani dengan saf kepemimpinan PPSM khususnya mengenai harapan serta cabaran untuk mendepani pelbagai isu khususnya berkaitan perundangan dan kehakiman di dalam mahu pun di luar negara.

Di akhir pertemuan, Dato’ Jailani menggesa supaya PPSM dapat menjadi model kepada pertubuhan atau persatuan lain dalam mengetengahkan isu-isu berkaitan syariah selain  mengadakan program untuk kepentingan ahli.

Tiada ulasan:

 

Sample text

Anda Pengunjung ke-

Sample Text