Social Icons

Followers

07 Februari 2007

Himpunan Suara PPSM (arkib)

Suara PPSM
Hosted by eSnips

Lambang Persatuan Pegawai Syariah Malaysia




Lambang Persatuan terdiri dari:

1. Dacing yang terletak di atas bentuk kitab dan ditegakkan dengan sebilah keris berwarna hijau. Lambang ini bermakna tanggungjawab Pegawai Syariah keseluruhannya ialah menegakkan keadilan Ilahi.
2. Bulatan berwarna merah dan ditulis perkataan 'Persatuan Pegawai Syariah Malaysia' dalam bahasa Arab dan dikelilingi warna kuning serta dibawahnya ada perkataan 'Malaysia' dengan berlatar belakangkan warna merah bermakna pertubuhan ini diwujudkan di Malaysia dan Pegawai Syariah keseluruhannya dilantik Ulil Amri. Selain dari itu 'Bahasa Arab' tidak dapat tidak mesti diketahui oleh setiap Pegawai Syariah. Penubuhan ini juga dikenali dalam bahasa Inggerisnya sebagai Syariah Officers Association.
3. Lambang ini berasaskan warna kuning ditengah-tengahnya yang memberi erti bahawa Kedaulatan Kuasa yang telah diamanahkan oleh ulil amri tetap utuh dan terpelihara.
4. Kedua-dua belah tepi diletakkan lambang bunga padi sebanyak 14 buah iaitu mengikut empat bilangan negeri-negeri yang terdapat Mahkamah Syariah di dalamnya. Bunga padi itu berwarna kuning membawa erti pertubuhan ini berharap kebahagiaan menurut ajaran Islam dapat ditegakkan. Ini sesuai dengan motto Mahkamah Syariah iaitu 'Syariah Asas Keadilan.'

05 Februari 2007

Bab Waqaf

kitab wakaf IQNA'
kitab wakaf IQNA'....
Hosted by eSnips

Kitab Wasiat

Kitab wasiat dari kitab iqna
Kitab wasiat dari ...
Hosted by eSnips

Jasamu Dikenang - AJK PPSM 2002 - 2003

Nama

Jawatan

Alamat

Dato’ Haji Abdul Hamid bin Hj. Abd. Rahman

Presiden

Ketua Hakim Syarie Pahang Jln Masjid 25000 Kuantan Pahang

Tn. Haji Hussin b. Ahamad

Tim. Presiden

Ketua Hakim Syarie W/Persekutuan, Bangunan Sulaiman Jln Damansara 50676 Kuala Lumpur

Dato’ Haji Muhamad Asri b. Hj. Abdullah

Naib Presiden

Ketua Hakim Syarie Perak Aras 4, Bangunan Tabung Haji, Jln Koo Chong Kong 30000 Ipoh Perak

Dato’ Ismail b. Yahya

Naib. Presiden

Hakim Mah. Tinggi Syariah Terengganu, Bgn Mahkamah Syariah Terengganu 21100 Kuala Terengganu

Tn. Mohd Amran b. Hj. Mat Zain

Setiausaha

Pendaftar Jab. Kehakiman Syariah Malaysia, Aras 3 Parcel D, Blok D7 Putrajaya

Tn. Adam b. Tumiran

Pen. S/Usaha

Peg. Syariah BBG. Neg. 9

Ting. 7, Wisma Persekutuan 70000 Seremban Neg. Sembilan

Dato’ Sheikh Hasbullah b. Abd. Halim

Bendahari

Ketua Hakim Syarie Kedah Jln Kg. Perak, 05010 Alor Setar Kedah

Dato’ Haji Daud b. Muhammad

Ahli Jawatankuasa

Ketua Hakim Syarie Kelantan, Mahkamah Rayuan Syariah, Kompleks Balai Islam 15200 Kota Bharu Kelantan

Tn. Haji Aidi b. Mokhtar

Ahli Jawatankuasa

Ketua Hakim Syarie Sabah Ting. 3, Bgn USIA, Beg Berkunci 130, 88739 Kota Kinabalu Sabah.

Tn. Mahammad b. Ibrahim

Ahli Jawatankuasa

Tim. Pengarah Syarie Biro Bantuan Guaman Malaysia Aras –1, Blok B7 Putrajaya

Dato’ Hussin b. Harun

Ahli Jawatankuasa

Ketua Hakim Syarie Neg. 9 Jabatan Kehakiman Syar’iah 70000 Seremban Neg. Sembilan

Tn. Haji Abd. Walid b. Abu Hassan

Ahli Jawatankuasa

Pendaftar, Mahkamah Syariah P.Pinang, No. 3, Jln Bt. Gantung 10450 P. Pinang

Tn. Haji Hadi b. Wasli

Ahli Jawatankuasa

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Sarawak, Jln Satok 93400 Kuching Sarawak

Tn. Haji Zohdi b. Toha

Ahli Jawatankuasa

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor,Kompleks Mahkamah Aras 5, Persiaran Pegawai Shah Alam Selangor

Tn. Haji Ali b. Ahmad

Ahli Jawatankuasa

Ketua Hakim Syarie Johor Mahkamah Syariah Johor, Kompleks Islam Johor Bahru Johor

Tn. Haji Awang b. Abd. Rahman@Sulaiman

Ahli Jawatankuasa

Bekas Ketua Hakim Syarie Terengganu

KATEGORI KEAHLIAN PPSM

Keahlian Persatuan terbahagi kepada dua jenis, iaitu:-

Ahli Biasa

Mana-mana pegawai yang dilantik menjawat jawatan Pegawai Syar’iah oleh mana-mana kuasa perlantikan di Malaysia adalah layak menjadi ahli biasa dalam Pertubuhan.

Ahli Seumur Hidup

Mana-mana Pegawai Syar’iah atu ahli biasa Persatuan adalah layak untuk menjadi ahli seumur hidup dalam Pertubuhan setelah membuat permohonan sedemikian dan setelah membayar semua bayaran yang disyaratkan adalah layak menjadi ahli seumur hidup dalam Pertubuhan.

Setiap permohonan menjadi ahli hendaklah menyatakan jenis keahlian yang dipohon, dan permohonan itu hendaklah dicadang serta disokong oleh dua orang ahli dan kemudiannya mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN

Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut:

Keahlian Yuran Masuk Yuran Tahunan
1) Ahli Biasa RM 30.00 RM 30.00
2) Ahli Seumur Hidup RM 350 (dibayar secara sekali gus) Tiada

Sejarah Penubuhan PPSM

Persatuan Pegawai Syar'iah Malaysia dilahirkan atas cetusan idea kira-kira tiga puluh orang Pegawai Syariah dari seluruh pelusuk Malaysia pada akhir Kursus Undang-undang Keterangan di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan Malaysia (ILKAP) di Kuala Lumpur pada 6 -9 Okt. 1997.

Idea ini telah dipanjangkan ke dalam Muzakarah Ketua-ketua Hakim Syarie Se Malaysia pada 19 hingga 21 Feb. 1998 di Tiara Hotel, Langkawi Kedah. Draf perlembagaan persatuan digubal dan Jawatankuasa Penaja Persatuan dilantik.

Tindakan mendaftarkan Persatuan ini telah dibuat oleh Jawatankuasa Penaja dan pada 19 Jun 1998 pendaftarannya telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia di bawah Akta Pertubuhan 1966 dengan nombor pendaftarannya ialah 770. Persatuan ini telah diwartakan pendaftarannya melalui Warta Kerajaan seri Paduka baginda Jil. 42 bertarikh 13 Ogos 1998 dengan No. 7635.

Mesyuarat Agung Persatuan diadakan pada setiap tahun. Ia diadakan pada masa yang sama dengan Persidangan Tahunan Pegawai Syariah seluruh Malaysia yang di anjurkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

Objektif

Objektif

  1. Mengumpulkan semua Pegawai Syar'iah di dalam negara ini dan menanamkan ikatan persaudaraan serta hubungan yang mesra di kalangan mereka
  2. Untuk mengembangkan bakat ahli-ahli dalam menjalankan tugas hariannya masing-masing dan dalam kegiatan-kegiatan luaran yang berfaedah kepada bangsa dan negara.
  3. Untuk menjaga kebajikan dan faedah ahli serta memeliharanya.
 

Sample text

Anda Pengunjung ke-

Sample Text