Social Icons

Pages

Followers

17 Oktober 2008

Risalah minal Misr 2


Assalamualaikum...

kulluna bilghair... walakin al-batinu.....mmmm ghair sihah..???

faham-faham aje ler... Nahnu nabdak taalum derasatina fi markaz al-qaumi munzu usbu' al-qadimmm.

perkara yang diajar kebanyakkannya dalam bahasa arab fushah..selepas beberapa minit jadi arab ammi pula...

apa-apa pun kami masih faham...sebab dah makan ishh, syawirma...kurma dll...

petua utama nak cakap arab kena minum air sungai nil dulu...

Aktiviti untuk ppsm... kami bertemu dengan student rumah Sabah dan Sarawak. coming soon rumah Kedah... insyaallah kalau tiada halangan dari sohibul bait (pengurus rumah) semua rumah anak negeri akan dilawati.. kebanyakkan student.. tak tahu apa nak buat selepas belajar... target utama mereka guru J-Qaf.. yang lain-lain jawatan mereka tak nampak..

Ni ada nambar di mesir semasa sambutan hari raya



dan markaz qaumi



Gambar berbuka posa dirumah sewa dgn geng perempuan dan gambar di iskandariah


Dari Sheikh Al Mawardi di Mesir

terbitan alamkia..

15 Oktober 2008

Khabar Pegawai Syariah dari Cairo, Mesir.

Berikut adalah secebis berita bergambar yang dikirimkan oleh sahabat kita dari Mesir untuk tatapan bersama-

Kami semua berhari raya di Haiyu Asyir bersama pelajar-pelajar Malaysia di sini.. hampir 2 ribu orang yang hadir. Sempat juga bergambar dengan dato' duta malaysia.


Kami atas inisiatif sendiri menyertai kelas bahasa arab di Markaz Al-Qaumi. dah mula pengajian Bahasa Arab di situ.


manakala di bawah ini adalah gambar rumah penginapan yang kami menyewabertungkus lumus mencari rumah untuk berteduh...penat juga berurusan dengan Tok Arab ni... takmin.. baksis ...la,

Doakan agar kami tabah dan berjaya,

Dari Mawardi Che Man bagi pihak semua Pegawai Syariah di Mesir.

12 Oktober 2008

PPSM proaktif martabat kuasa Mahkamah Syariah

PPSM proaktif martabat kuasa Mahkamah Syariah

Oleh Hasliza Hassan
hasliza@bharian.com.my




Sedia bimbing masyarakat fahami perundangan Islam

PERSATUAN Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) kini meluaskan fungsinya melalui jalinan hubungan secara langsung dengan masyarakat untuk berkongsi pengalaman serta pengetahuan khususnya dalam bidang perundangan syariah supaya dapat dimanfaatkan bersama.

Presidennya, Dr Mohd Na'im Mokhtar, berkata hasrat itu mampu direalisasikan dengan memperbanyakkan jalinan hubungan, mengadakan perbincangan serta forum ilmiah bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain.

Katanya, pertemuan demi pertemuan itu nanti dapat menjurus kepada usaha mencapai matlamat menyalurkan ilmu serta maklumat diperlukan masyarakat terutama dalam mempertahankan isu berkaitan Islam.

"Boleh dikatakan semua perkara berkaitan perundangan Islam seperti maklumat mengenai hak, isu kekeluargaan dan bagaimana berurusan dengan Mahkamah Syariah boleh dirujuk kepada pegawai syariah.

"Justeru, dengan kelebihan yang ada pada pegawai syariah melalui PPSM diharap kita dapat menyalurkan maklumat diperlukan masyarakat untuk dimanfaatkan dan pada masa sama memberi penjelasan terhadap isu berkaitan Islam," katanya.

Beliau berkata, sudah tiba masanya PPSM mengambil langkah proaktif supaya kewujudan mereka dapat dirasai melalui sumbangan yang diberikan apatah lagi dalam keadaan hari ini di mana umat Islam sentiasa dahagakan ilmu serta maklumat jelas.

PPSM yang ditubuhkan pada 1998 bertujuan menjadi landasan untuk pegawai syariah bertemu dan berbincang mengenai isu berkaitan perundangan Islam serta berusaha memartabatkan kuasa Mahkamah Syariah.

Objektif persatuan yang mewakili 300 pegawai yang berkhidmat di Mahkamah Syariah seluruh negara itu juga antara lain mengeratkan hubungan sesama mereka, menjaga kebajikan ahli dan sebagai landasan mengembangkan bakat ahli melalui aktiviti luar yang mendatangkan faedah.

Ahli PPSM terdiri daripada Ketua Hakim Mahkamah Syariah, Hakim Mahkamah Rayuan, Ketua Hakim Mahkamah Syariah negeri, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah negeri, Hakim Mahkamah Rendah Syariah negeri, Pendaftar Mahkamah Syariah, pegawai sulh, pegawai syariah di jabatan kehakiman syarie Malaysia (JKSM), pegawai syariah di Jabatan Peguam Negara dan kementerian.

Dr Na'im yang juga Ketua Penolong Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga JKSM berkata, walaupun penubuhan PPSM pada mulanya lebih kepada menjaga kebajikan ahli, itu tidak membataskan fungsi mereka untuk tampil seiring NGO lain yang aktif menganjurkan aktiviti memperkasakan masyarakat dengan pengetahuan mengenai undang-undang dan Islam.

Justeru katanya, selepas asas kuat dibina untuk memperkukuh dan memastikan kebajikan ahli terjamin, PPSM sudah bersedia memperkenalkan diri mereka kepada masyarakat seterusnya menghulurkan bantuan yang diperlukan.

"Sejak penubuhan aktiviti kita banyak tertumpu kepada usaha menjaga kebajikan ahli termasuk membantu dalam aspek pendidikan anak-anak ahli PPSM. Usaha itu sejajar matlamat penubuhan sebagai tempat rujukan pegawai syariah seluruh negara.

"Matlamat itu masih diteruskan, tetapi kita melihat kelebihan serta kemampuan yang ada pada ahli boleh dikembangkan lagi melalui pembabitan mereka dalam kegiatan kemasyarakatan. Ini juga hasrat Ketua Pengarah JKSM, Datuk Ibrahim Lembut supaya PPSM dapat ke depan untuk berkhidmat kepada masyarakat," katanya.

Ditanya kenapa selepas 10 tahun ditubuhkan baru kini PPSM bersedia untuk membuka mulut terutama dalam menangani isu membabitkan Mahkamah Syariah dan perundangan Islam, Dr Na'im menjelaskan, tumpuan utama persatuan sejajar penubuhannya adalah berkisar kepada kebajikan ahli.

Bagaimanapun katanya, hasil perbincangan serta percambahan fikiran ahli PPSM, disuarakan hasrat supaya PPSM lebih aktif berjuang memartabatkan institusi Mahkamah Syariah dan perundangan Islam yang sering berhadapan dengan kecaman disebabkan kurang maklumat atau penjelasan dalam isu yang dibangkitkan.

Tidak dinafikan katanya, selama ini kebanyakan isu mengenai perundangan Islam banyak dirujuk kepada Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dan kini, PPSM boleh menjadi gandingan yang baik bagi meningkatkan kefahaman masyarakat dalam hal berkaitan.

Justeru katanya, walaupun mengambil masa agak lama tetapi masih belum terlambat untuk PPSM menerusi ahlinya yang terdiri daripada pegawai syariah menggunakan persatuan sebagai landasan membantu memperjelaskan kekeliruan yang dihadapi masyarakat di luar sana.

Semua itu akan dilakukan melalui saluran yang betul seperti mengadakan konvensyen, bengkel, seminar serta forum bagi menyalurkan maklumat dan memperjelaskan isu berbangkit dengan lebih berkesan.

"Sebagai penjawat awam, kita tidak boleh bercakap secara individu untuk mempertahankan Mahkamah Syariah. Jadi, kita perlu ada satu saluran dan persatuan adalah landasan terbaik. Apatah lagi, ahlinya PPSM adalah kalangan mereka yang memang terbabit dalam bidang syariah dan berkhidmat di Mahkamah Syariah.

"Sekarang PPSM akan membantu masyarakat memahami sesuatu itu dengan lebih mendalam. Malah, kita akan bergabung dengan badan lain seperti Jawatankuasa Penyelaras Perikatan NGO Islam (ACCIN) atau pertubuhan lain. Apabila bergabung, suara kita akan menjadi lebih kuat," katanya.

Dr Na'im berkata, tugas ahli dalam persatuan jelas iaitu selain berkongsi maklumat ialah mempertahankan kecemerlangan yang dicapai JKSM memperkenalkan sistem elektronik e-Syariah bagi memantapkan sistem penyampaian pentadbiran Mahkamah Syariah dan hal ehwal Islam.

Beliau berkata, sebagai pendukung dan penyokong JKSM, PPSM akan sentiasa memastikan perundangan Islam dan Mahkamah Syariah tidak dipandang serong hanya kerana salah faham atau timbul kes terpencil yang diperbesarkan pihak tertentu.

Katanya, menjadi harapan PPSM supaya kehadiran persatuan itu dapat diterima dan bersama persatuan serta pertubuhan sedia ada, mereka dapat membantu menangani permasalahan berbangkit khususnya berkaitan undang-undang Islam dan Mahkamah Syariah dengan lebih berkesan.

 

Sample text

Anda Pengunjung ke-

Sample Text