Social Icons

Pages

Followers

22 November 2008

Majlis agama, Macma rujuk ke Mahkamah Persekutuan

Oleh AMIRUDDIN HARUN

KUALA LUMPUR 21 Nov. - Tujuh majlis agama Islam negeri dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) mahu merujuk persoalan undang-undang berhubung isu larangan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan mingguan Herald - The Catholic Weekly ke Mahkamah Persekutuan.

Peguam Mubashir Mansor memberitahu Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) hari ini, perkara itu dirujuk ke Mahkamah Persekutuan mengikut Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 bagi menentukan isu perlembagaan yang timbul.

Menurutnya, selepas Mahkamah Persekutuan memutuskan isu tersebut, barulah Mahkamah Tinggi boleh menentukan sama ada ia boleh mendengar dan seterusnya membuat keputusan dalam permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan oleh Gereja Katolik.

''Oleh itu, kami bercadang meminta mahkamah menangguhkan pendengaran permohonan semakan kehakiman tersebut sementara menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan," kata Mubashir.

Berikutan perkembangan itu, Hakim Lau Bee Lan meminta Mubashir yang mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memfailkan hujahan bertulis sebelum membenarkan penangguhan.

Sementara itu, peguam Jagjit Singh mewakili Majlis Gurdwara Malaysia juga memohon penangguhan singkat agar isu itu dapat diselesaikan melalui campur tangan kerajaan.

Menurut beliau, ia pernah dilakukan oleh kerajaan negeri Perak dan Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri pada tahun 1988 ketika isu yang sama timbul di negeri tersebut.

Jagjit turut memberitahu, beliau akan mengemukakan surat representasi kepada Jabatan Peguam Negara untuk memberi pandangan supaya kes itu tidak menjadi konfrontasi, sebaliknya ia diselesaikan secara baik.

Hakim Bee Lan kemudian menetapkan 27 Februari tahun depan untuk sebutan semula bagi membolehkan semua pihak memfailkan afidavit yang diperlukan sebelum permohonan tersebut didengar.

Terdahulu, hakim tersebut membenarkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), MAIDAM, MAIPP, Majlis Agama Islam Selangor, Majlis Agama Islam Kedah, Majlis Agama Islam Johor, MAIM dan Macma yang memohon sebagai pencelah dinamakan sebagai responden ketiga hingga ke-10 dalam semakan kehakiman tersebut.

Pada 19 Mac lalu, Gereja Katolik memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran membuat semakan kehakiman (undang-undang) untuk mencabar larangan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan mingguan, Herald - The Catholic Weekly.

Gereja Katolik menamakan Menteri Keselamatan Dalam Negeri (kini telah digabungkan dengan portfolio Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menjadi Menteri Dalam Negeri) dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama dan kedua.

Pada 5 Mei lalu, mahkamah tersebut membuat keputusan membenarkan permohonan Gereja Katolik untuk membuat semakan kehakiman terhadap larangan tersebut.

Al-Fatihah ~ Ketua Hakim Syariah Johor - Dato Ali Ahmad


Al-Fatihah ~ Ketua Hakim Syariah Johor - Dato Ali Ahmad
Dilulus terbit pada Friday, November 21 @ 16:33:05 MYT oleh TokPenghulu
Berita Oleh PAS Johor Bahru

Beliau Pulang ke Rahmatullah jam 4 - 6 pagi tadi.(23 Zulkaedah 1429H - 21 Nov 2008). Pernah digam dari menyampaikan kuliah di masjid kerana cenderung kepada menyokong perjuangan PAS. Surau di tanah rumah beliau di Kg Melayu sangat aktif dengan kuliah maghrib dan subuh secara harian. Jawatan terakhir beliau ialah Ketua Hakim Syariah Negeri Johor



- Kembali aktif berceramah dan kuliah setelah dinaikkan pangkat menjadi Ketua Hakim Syariah Johor


- Pernah dicadangkan untuk bertanding atas tiket PAS pada pilihanraya akan datang sementara menantikan beliau bersara


- Jenazah beliau disolatkan di Masjid Negeri Johor, Masjid Sultan Abu Bakar.


- Beliau dikebumikan di sebelah makam kerabat di Raja Johor selepas solat Jumaat di Perkuburan Mahmodiah.


- Al-Fatihah

Layari : http://pasjohorbahru.com/

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=18696

20 November 2008

Salam dari Kahirah

Assalamulaikum... buat tatapan 
semua....cuaca di Kaherah ini mula ke arah musim sejuk. Pertanda berakhir sesuatu musim dengan hujan.
 Baru-baru ini hujan turun lebih kurang 2 jam dan berlaku banjir sana sini sebab sistem peparitannya tidak baik. Orang arab  punya seronok dan "raya hindu" la bila jumpa hujan. Bila berlaku peralihan cuaca panas ke sejuk... mula penyakit datang..yang kurang vitamin c...kena selesema atau demam dan ada juga cirit birit.... semuanya disebabkan perubahan cuaca.

So diingatkan kepada kengkawan supaya jaga kesihatan dan bawa vitamin c banyak2 ketika menghadapi peralihan musim. untuk tatapan semua ada gambar dekat kubur firaun dan ketika di port said. Jumpa lagi maa salamah
 
Mawardi Che Man
 

Sample text

Anda Pengunjung ke-

Sample Text