Social Icons

Pages

Followers

20 Ogos 2010

PPSM prihatin penderitaan Datuk Hussain

Penderitaan bekas Hakim Rayuan JKSM, Datuk Hussain Ahamad terubat seketika dengan kunjungan beberapa exco Presiden Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) dikediamannya di Kajang Impian, Selangor, 25 Julai baru-baru ini.

Dalam ziarah kira-kira setengah jam itu, keceriaan Datuk Hussain jelas kelihatan pada raut wajahnya sebaik melihat kedatangan rombongan exco PPSM yang diketuai Presiden PPSM sesi 2010-2012, Dr Haji Mohd Naim Bin Mokhtar.

Dari kiri, Dr Mohd Naim, Zuhdee dan Mohd Yusof ketika menziarah
Datuk Hussain yang kini terlantar akibat penyakit strok.

Dr Mohd Naim turut melahirkan rasa simpati terhadap keadaan Datuk Hussain dan kesukaran yang dihadapi keluarga sejak beliau menghidap strok Mac lalu.
Pada kesempatan itu, Dr Mohd Naim yang juga Ketua Penolong Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga turut menyampaikan salam seluruh warga Pegawai Syariah kepada Datuk Hussain dan berdoa moga beliau cepat sembuh.
Kepada ahli keluarga pula, Dr Naim meminta mereka supaya banyak bersabar terhadap ujian Ilahi ini. Turut serta dalam ziarah itu, Setiausaha PPSM, Tuan Mohd Yusof Bin Sulaiman dan penolong Setiausaha Tuan Abdullah Zuhdee Abdul halim.
Tamat.

Tiada ulasan:

 

Sample text

Anda Pengunjung ke-

Sample Text