Social Icons

Pages

Followers

27 Oktober 2009

Lima resolusi martabatkan perundangan syariah

Lima resolusi martabatkan perundangan syariah
Posted on Tuesday, October 27 @ 05:40:50 PDT by Paktam
Oleh Zukri Aksah

Isu bantahan yang dibuat SIS dan JAG terhadap hukuman sebatan ke atas Kartika Dewi Shukarno kerana kesalahan meminum arak di khalayak ramai telah berjaya menyatukan 14 buah NGO Islam di Negeri Pahang. Kejayaan pertama kumpulan ini ialah dengan berlangsungnya sidang media pada Oktober 2 yang lalu.


Semalam, kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Sekretariat Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Pahang ini sekali lagi mengambil langkah terkedepan bila menganjurkan Seminar Perlaksanaan Perundangan Syariah: Isu dan Cabaran, di Dewan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di sini.

Dalam sidang media selepas usai seminar tersebut, jurucakap sekretariat, Amidi Abdul Manan, Timbalan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) melahirkan rasa gembira kerana seminar telah berjaya meluluskan lima resolusi penting.

Lima resolusi tersebut adalah pertamanya memberi kuasa dan kebebasan sepenuhnya kepada penguatkuasa Agama Islam dan mahkamah syariah dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagaimana diperuntukkan oleh Enakmen Syariah Negeri tanpa dipengaruhi dan ditekan oleh mana-mana pihak.

Kedua, menyeru kepada ahli politik beragama Islam supaya bertindak secara proaktif dalam memperjuangkan kedaulatan Agama Islam dan institusi mahkamah syariah, juga memperjuangkan perluasan bidang kuasa mahkamah syariah.

Seminar, melalui resolusi ketiga menurut Amidi mendesak supaya pihak berkuasa negeri dan kerajaan memberi tekanan kepada media supaya menyokong dan menghulur kerjasama sepenuhnya kepada NGO Islam dalam mendidik dan memahamkan masyarakat tentang segala isu yang menyentuh kepentingan umat Islam.

Keempat, kerajaan diminta supaya berusaha menaikkan taraf institusi kehakiman syariah supaya setanding dan seiring dengan institusi kehakiman sivil, sesuai dengan semangat pemisahan perlembagaan persekutuan, supaya nanti ia tidak lagi dipandang sebagai institusi kehakiman kelas dua sama ada dari segi kepakaran dan bidang pendakwaan, perjawatan atau jumlah kakitangannya.

Resolusi terakhir pula, jelas Amidi, mencadangkan kepada kerajaan agar mewujudkan satu badan pemantau yang berkuasa mengawasi organisasi-organisasi yang menggunakan nama Islam supaya objektif dan matlamat organisasi-organisasi tersebut selari dengan prinsip Islam serta bukan bertujuan mengelirukan umat Islam dengan ideologi-ideologi dan pendekatan yang nyata terpesong.

Amidi dalam kenyataannya memberitahu bahawa naskhah resolusi yang dinamakan sebagai “Memartabatkan Perundangan Syariah Pahang” ini akan dipersembahkan kepada Tuanku Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, selaku Ketua Agama Islam Negeri, yang mewakili seluruh umat Islam di Negeri Pahang.

Sekretariat, tambah Amidi kini hanya menunggu perkenan Tuanku Sultan untuk menghadap. Ini juga ujar beliau adalah tanda sokongan 14 NGO Islam Pahang kepada Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987).

Seminar Perlaksanaan Perundangan Syariah ini berlangsung sehari dan dirasmikan penutupannya oleh Timbalan Yang DiPertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Dato’ Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan dengan kehadiran kira-kira seramai 300 orang peserta.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Amidi dalam sidang media yang sama mengumumkan yang seminar serupa akan terus dianjurkan di seluruh negara bagi membolehkan orang ramai, terutamanya bukan Islam mendapat kefahaman tentang perbezaan perlaksanaan hukuman di antara mahkamah syariah dan mahkamah sivil.

Pada minggu hadapan sahaja, seminar serupa ini dijadualkan berlangsung di negeri-negeri seperti Selangor, Kelantan dan Perak, atas usaha NGO-NGO Islam negeri-negeri tersebut.

sumber: http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=4470

25 September 2009

‘Rasul Melayu’ mengaku bersalah, hukuman 2 Oktober

SHAH ALAM 24 Sept. – Meskipun hasrat ketua ajaran sesat, Abdul Kahar Ahmad yang menghilangkan diri sejak pertengahan 2005 untuk dibebaskan dengan ikat jamin tercapai namun keluarganya terpaksa berhempas pulas mencari 10 penjamin kakitangan kerajaan dalam kategori Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) C ke atas.
Dengan syarat jaminan yang ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini, ini bermakna anak-anak Abdul Kahar perlu mencari wang jaminan berjumlah RM10,000 berserta 10 penjamin.
Kesemua enam anaknya hadir di mahkamah hari ini.
Terdahulu, Abdul Kahar, 59, yang telah kematian isteri menukar pengakuan kepada bersalah atas lima tuduhan pindaan termasuk mengisytiharkan dirinya sebagai rasul orang Melayu akhir zaman.
Abdul Kahar yang kelihatan tenang berkali-kali memberitahu Hakim Syarie, Abu Zaky Mohammad bahawa pengakuan bersalah tersebut lahir daripada hatinya, tanpa dipujuk, dipaksa mahupun didorong oleh sesiapa.
Selepas merekodkan pengakuan Abdul Kahar, Abu Zaky membenarkan permohonan Peguam Syarie, Musa Awang agar rayuan bertulis yang disediakannya dibacakan pada tarikh lain memandangkan masa telah menunjukkan pukul 5.30 petang.
Musa turut memohon agar anak guamnya dibebaskan dengan ikat jamin bagi membolehkannya berhari raya bersama keluarga dan dua daripada anak tertuduh yang merupakan penjawat awam yang sanggup menjadi penjaminnya.
Permohonan itu bagaimanapun dibantah Ketua Pendakwa Syarie Selangor, Abdul Shukor Abd. Hamid sebaliknya memohon mahkamah melanjutkan waran tahanan yang dikeluarkan pada 16 September lalu.
Abdul Shukor berkata, setelah didakwa pertama kali di mahkamah pada 17 Ogos 2005, Abdul Kahar diikat jamin RM8,000 sementara menunggu perbicaraan pada 21 September tahun yang sama.
Tertuduh bagaimanapun menghilangkan diri sebelum berjaya ditangkap di rumah sewanya di Sungai Long, Kajang dekat sini pada 16 September lalu, katanya.
Selepas mendengar hujah kedua- dua pihak, Abu Zaky menegaskan, ketidakhadiran tertuduh di mahkamah sebelum ini tanpa sebarang alasan telah menimbulkan kesulitan kepada pihak pendakwaan.
Sekiranya mahkamah membebaskan tertuduh sekali lagi, ujar Abu Zaky, dikhuatiri akan menimbulkan persepsi negatif dan anggapan serong terhadap institusi agama dan mahkamah sendiri.
‘‘Anak-anak sepatutnya memberikan kerjasama memastikan kehadiran tertuduh sejak awal lagi. Namun pada hemat mahkamah, mereka tidak memberikan kerjasama. Sehubungan itu, jika jaminan diberikan ia akan memberikan risiko yang amat tinggi.
‘‘Namun mahkamah memutuskan membenarkan jaminan RM2,000 bagi setiap kes berserta dua orang penjamin dalam kategori JUSA C ke atas.
‘‘Sekiranya ia gagal dilaksanakan hari ini maka tertuduh hendaklah direman di Penjara Sungai Buloh sehingga hukuman dijatuhkan pada 2 Oktober ini,’’ kata Abu Zaky.
Jika mengikut perkiraan biasa, penjawat awam pengurusan tertinggi dalam sektor awam dalam kategori tersebut perlu berkhidmat sekurang-kurangnya 20 tahun dengan gaji pokok RM8,000 sebulan.
Terdahulunya, pertuduhan pindaan dibacakan kepada Abdul Kahar yang memakai kemeja warna kuning ketika prosiding bermula pada pukul 10.45 pagi sebelum ditangguhkan ke sesi petang.
Bekas pekerja Zoo Negara itu didakwa menjelaskan doktrin palsu dengan menyatakan bahawa sembahyang cukup sekadar mencegah perbuatan keji dan perkara mungkar manakala ibadah haji sekarang adalah sia-sia dan merugikan.
Dia juga didakwa mengisytiharkan dirinya sebagai ‘rasul Melayu’ sedangkan ia palsu dan bertentangan dengan Islam dan hukum syarak.
Abdul Kahar turut didakwa menyebarkan pendapat yang bertentangan dengan fatwa iaitu mengakui dirinya rasul (utusan Allah) yang diutuskan untuk orang Melayu.
Dia juga mendakwa, sembahyang lima waktu tidak wajib memadai melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Ibadah haji pula tidak perlu ditunaikan di Mekah dan boleh dikerjakan di mana-mana bumi Allah.
Dia juga didakwa mengingkari arahan mufti dengan mengajar ajaran Kahar kepada tiga pengikutnya; Hanif Taslin, Nurhelmi Ikhsan, Mohammad Nabil Abu Naim walhal ia telah difatwakan sebagai menyeleweng daripada ajaran Islam.
Abdul Kahar turut didakwa mempersendakan dengan perkataan, amalan berhubung agama Islam di bawah Seksyen 10(b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor dengan menyatakan sekiranya ada orang yang berbuat mungkar barulah boleh solat, mencegah kemungkaran adalah rukun, mentaati Allah itu adalah sujud, tak perlu tunggang tonggek dan membebel seorang diri.
Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu antara 19 Mei 2005 dan 23 Jun 2005 di No.44, Jalan Bunga Ros, Kampung Kemensah, Hulu Klang dekat sini.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 7, 8(a), 10(b), 12(c) dan 13 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 dan jika sabit kesalahan, dia boleh didenda berjumlah RM21,000 dan penjara.

07 September 2009

Realiti hukuman sebatan Syariah di Malaysia

Ekoran dari isu hukuman sebat terhadap bekas model Kartika Sari dewi Sukarno, wajar diperjelaskan bahawa –

1. Kartika bukan lah orang pertama disebat atas kesalahan minum arak. Di Kelantan seramai 6 orang lelaki telah pernah disebat dengan sebatan syariah (pada tahun 1997; 4 orang, tahun 2001; seorang dan 2003; seorang).

2. Kartika juga bukan wanita pertama dijatuhi hukuman sebatan. Hukuman sebatan Syariah terhadap seorang pesalah wanita pernah diputuskan oleh Mahkamah Syariah Johor pada tahun 2000. Namun pesalah berkenaan telah membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah dan hukuman sebatan telah diketepikan.

3. YA Hakim Dato' Abdul Rahman yang menjatuhkan hukuman sebat ke atas Kartika juga telah pernah menjatuhkan hukuman yang sama beberapa tahun lalu ke atas 2 orang adik beradik yang melakukan kesalahan minum arak . Mereka juga memfailkan rayuan dan rayuan mereka belum didengar.

4. Tohmahan kononnya Kartika dijadikan target untuk disebat adalah fitnah besar terhadap institusi agama, kerana bukan hanya Kartika seorang yang ditangkap dan dijatuhi hukuman sedemikian.Pada masa kejadian, selain dari Kartika, juga telah ditangkap 2 orang lain.- seorang lelaki dan seorang wanita. Keduanya juga dijatuhi hukuman yang sama denda 5000 dan 6 sebatan, namun mereka telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah Pahang. Justeru, bagi memastikan keadilan dan Kartika tidak dihukum lebih berat dari dua orang lagi yang merayu itu, kesnya telah diputuskan oleh Ketua Hakim Syarie Pahang untuk disemak semula.

5. Hukuman keatas Kartika belum dibatalkan, hanya digantung berikutan keputuasan Ketua Hakim Syarie Pahang, YAA Dato' Abdul Hamid hendak membuat semakan terhadap hukuman ke atas Kartika.

6. Jabatan Penjara pula sudah pun mempunyai seramai 171 orang tukang sebat terlatih termasuk 2 orang tukan sebat wanita. Kesemua mereka terlatih dalam menyebat secara sivil, Syariah dan Kanak-kanak.

7. Seorang penyebat wanita telah membuat demo sebatan Syariah dengan penuh bergaya di hadapan Hakim Rayuan JKSM YA Dato' Asri. YA kemudian mengesahkan dan berpuas hati dengan cara sebatan tersebut.

8. Prosedur sebatan Syariah adalah termaktub dalam sek.125 Tatacara Jenayah Syariah Pahang. Di Negeri lain pun ada tatacara yang sama. Gambarannya, apabila melakukan sebatan, hanya tangan yang terangkat tanpa menampakkan ketiak. Tidak seperti sebatan sivil yang memang bersifat cruel dan menyiksa pesalah, sebatan Syariah bersifat mendidik. Justeru adalah tidak wajar sebatan Syariah disamakan dengan sebatan sivil.

9. Kartika sendiri telah insaf dan bertaubat atas perbuatannya dan menuntut supaya beliau dekenakan hukuman berkenaan. Inilah bukti keberkesanan hukuman sedemikian di zaman ini. Keputusan sama ada Hukuman sebat ke atas Kartika akan dilaksanakan atau sebaliknya terserah kepada Jawatankuasa Rayuan Syariah Pahang yang akan bersidang bagi menyemak hukuman YA Hakim Mahkamah Tinggi Phang itu tidak lama lagi.

10. JAG dan SIS melalui memaorandum kepada PM telah mendesak Kerajaan Persekutuan untuk MEMANSUHKAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH YANG SEDANG berkuatkuasa di negeri-negeri. Tindakan yang sama juga pernah dilakukan melalui memeorandum yang di kemukakan kepada Kerajaan pada tahun 2005 dan ditandatangani oleh 300 individu dan NGO termasuk Menteri2 Kabinet beragama Islam yang sedang berkhidmat.

11. TINDAKAN JAG, SIS DAN KONCO-KONCO MEREKA INI ADALAH TINDAKAN BIADAP MENCEROBOH BIDANGKUASA JENAYAH SYARIAH NEGERI-NEGERI YANG TELAH KITA WARISI SEJAK ZAMAN SILAM DALAM KANUN UNDANG-UNDANG NEGERI-NEGERI MELAYU. (Sila rujuk sinchew.com untuk memorandum penuh mereka bertajuk "Justice For Kartika"

Salam Ramadhan alMubarak dan selamat menyambut hari nuzul al Quran – semoga kita dikurniakan ketaqwaan.

alQurawiyy

Enakmen jenayah syariah hak mutlak umat Islam

oleh: Zainul Rijal Abu Bakar


Hukum syarak sudah wujud sebelum zaman penjajah, tak bercanggah Perlembagaan Persekutuan


BEBERAPA pertubuhan berasaskan gender baru-baru ini menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi mendesak kerajaan mengkaji semula Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah dalam maksud memansuhkannya agar membolehkan semua rakyat dikawal melalui Kanun Keseksaan Undang-Undang Persekutuan.


Desakan sebegini bukanlah baru, malah sudah berulang kali diutarakan pihak tertentu. Walaupun diberi penerangan jelas berkaitan kedudukan undang-undang jenayah syariah ini dalam negara kita, mereka masih terus memperjuangkan matlamat mereka ini dan menolak sebarang penjelasan.


Sebenarnya, di negara ini undang-undang jenayah syariah wujud sebelum negara mencapai kemerdekaan lagi. Malah pada zaman sebelum penjajah lagi ia wujud begitulah juga pada zaman penjajah sehingga ke hari ini.


Undang-Undang lama seperti Kanun Melaka dan Undang-Undang 99 Perak, malah tulisan di Batu Bersurat Terengganu adalah manifestasi aplikasi undang-undang jenayah syariah di bumi Nusantara. Tidak keterlaluan jika dikatakan Raja-Raja Melayu juga adalah ilmuan Islam dan berjuang mendalami agama serta mengaplikasinya.


Sebahagian daripada kesalahan jenayah syariah itu sebenarnya sudah wujud sebelum kemerdekaan lagi. Umpamanya Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Selangor 1952 memperuntukkan kesalahan jenayah syariah yang boleh dihukum. Malah Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan adalah undang-undang utama dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka adalah terbatal jika bertentangan dengan Perlembagaan. Oleh yang demikian, sekiranya undang-undang jenayah syariah itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan ia tidak terbatal kerana undang-undang itu sebelum Hari Merdeka lagi.


Mahkamah Persekutuan di dalam kes Sulaiman Takrib lwn Kerajaan Negeri Terengganu memutuskan antara lainnya kesalahan jenayah syariah yang ada di dalam Enakmen Jenayah Syariah Terengganu dan Selangor adalah berperlembagaan dan sah di kaca mata perlembagaan itu sendiri. Mengapakah keputusan Mahkamah Persekutuan ini tidak diteliti dan hayati?


Penulis tidak nampak dari sudut manakah kesalahan jenayah syariah itu melanggar Perlembagaan Persekutuan. Apatah lagi jika dikaji dari sudut agama juga, sudah tentu kita akan mendapati ia amat bersesuaian dengan apa yang dianjurkan al-Quran dan Sunnah. Tambahan pula ulama sudah menjelaskan isu ini dengan terperinci.


Isu kerajaan tidak sepatutnya menjadi polis moral juga tidak boleh diterima kerana kerajaan bertanggungjawab mengawal tataatur masyarakat menjamin ahli masyarakat hidup dalam aman dan damai. Undang-undang kesalahan jenayah syariah yang hendak dimansuhkan itu sebenarnya terdiri daripada beberapa bahagian yang mengandungi kesalahan yang amat terhad iaitu kesalahan berhubungan dengan akidah (Bahagian II), Kesalahan berhubungan dengan kesucian Agama Islam dan Institusinya (Bahagian III), Kesalahan berhubungan dengan kesusilaan (Bahagian IV) dan Kesalahan Pelbagai (Bahagian V).


Meneliti senarai di atas, sudah pasti kita akan mendapati bahawa undang-undang itu amat perlu bagi menjaga maslahah umat Islam di negara kita. Tidak timbul isu bahawa kerajaan mengganggu kebebasan rakyat kerana kesalahan itu memang jelas bertentangan dengan kehendak Islam.


Undang-undang jenayah sivil pada awalnya adalah berteraskan kepada undang-undang moral. Umpamanya mencuri dilihat sebagai suatu perbuatan yang tidak bermoral kerana ia akan mengakibatkan kezaliman dan kegagalan menjamin hak rakyat menggunakan harta. Oleh hal yang demikian suatu undang-undang digubal bagi menangani gejala ini dan dijadikan suatu kesalahan.


Sekiranya kita tidak mahu mencampuri urusan moral maka terpaksalah kita mengkaji semula banyak undang-undang kesalahan jenayah yang sedang berkuat kuasa dan sudah tentulah ia akan merobek keutuhan masyarakat kita.


Pendita Zaaba juga pernah menceritakan perihal orang Melayu iaitu �sejak orang Melayu memeluk agama Islam sehingga ke hari ini, mereka amat setia dan amat keras pegangannya pada agama yang mereka anuti ini. Walaupun mereka jahil banyak dari segi pengamalan dan kefahaman agama, namun mereka tetap menganggap bahawa itulah satu-satunya agama yang terbaik dan benar, dan tidak ada apapun hujah ataupun pujukan daripada orang kafir yang boleh mengubah sikap mereka yang demikian itu.�


Sebarang usaha memansuhkan enakmen jenayah syariah ini tidak dapat diterima oleh orang Islam.


Malaysia bukan tiba-tiba muncul pada tarikh kemerdekaan negara. Susun atur yang ada beratus tahun sebelum merdeka telah menjana kedudukan agama Islam yang istimewa di negara kita termasuklah undang-undang jenayah syariah. Memansuhkan undang-undang jenayah syariah yang merentasi masa panjang ini akan hanya membawa implikasi serius dan menafikan hak orang Islam untuk mengamalkan agamanya sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.


Penulis adalah Peguam bela dan Peguam cara, peguam Syarie.-Berita Harian-7/9/09

Cara hukuman sebatan yg betul



Ustaz Azhar Idrus

Perbandingan di antara sebatan berdasarkan peruntukan Syariah, dan sebatan berdasarkan peruntukan Sivil.


Rakaman amatur demonstrasi sebatan perbandingan di antara sebatan berdasarkan peruntukan Syariah, dan sebatan berdasarkan peruntukan Sivil. Dipetik daripada Seminar Hukuman Sebat Jenayah Syariah 23 April 2009, Anjuran JAKIM di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putra Jaya (PICC)

06 September 2009

Pelaksanaan Hukum Sebat di Acheh

Pelaksanaan Hukum Sebat di Acheh. Penjudi masing-masing, Sudirman bin Zainun, M Sofyan bin Maksum, Faturrahman bin H Hamid, Khairullah bin Muhammad dicambuk di halaman Masjid Al Munawarah, Kota Jantho, Aceh Besar, Jumat (3/4). Uqubat dilakukan setelah Mahkamah Syariyah memutuskan bahwa mereka terbukti secara sah dan meyakinkan telah melanggar Qanun No.13 tahun 2003 tentang maisir atau judi.

Sudirman, warga Peukan Bada Aceh Besar, ditangkap petugas di rumahnya pada 8 Februari 2009 lalu karena terlibat permainan judi togel. Dia diputuskan menerima delapan kali cambuk di depan umum. Sedangkan M Sofyan bin Maksum, Faturrahman bin H Hamid, Khairullah bin Muhammad, yang tertangkap tangan oleh petugas sedang berjudi sabung ayam pada 9 Desember 2008 dihukum dihukum cambuk tujuh kali.

Namun, seorang penjudi sabung ayam lainnya yakni Dedi Irawan bin Edi Sofyan, tidak dieksekusi karena beralasan sakit. Keempat penjudi sabung ayam ini tercatat sebagai warga Sukamakmur, Kecamatan Montasik, Aceh Besar. Eksekusi cambuk tersebut juga disaksikan ratusan para jamaah shalat Jumat dan warga Kota Jantho.

VIDEO : TAUFIK K
TEKS : MISBAHUDDIN
EDITOR: SAID HASYIM

dipetik dari http://www.youtube.com/watch?v=ibwbU8MuOnw

Kaedah hukuman sebat ikut syarak

Oleh ABU SUFFIAN ABU YAZIZ

SEBAT adalah satu bentuk hukuman dalam perundangan Islam yang bertujuan memberi pengajaran kepada penerima hukuman dan orang yang melihatnya. Hukuman sebat juga berupaya menghindar dan membersihkan masyarakat daripada perbuatan dan tabiat keji dan hina.

Merujuk kepada rencana bertajuk "Kaedah hukuman sebat di Mahkamah Syariah" oleh Datuk Muhammad Asri Abdullah di dalam Jurnal Hukum JLD. XXII BHG. 1 ( 1427 H) September 2006), pelaksanaan hukuman sebat di Malaysia diperuntukkan dalam semua enakmen undang-undang tatacara jenayah syariah bagi kebanyakan negeri.

Peruntukan-peruntukan tersebut antaranya ialah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Johor) 2003, Seksyen 125; Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, Seksyen 125; Enakmen Acara Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996, Seksyen 125 dan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 2003, Seksyen 125.

Selain itu, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Kelantan) 2002, Seksyen 125; Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Melaka) 2002, Seksyen 125; Enakmen Tatacara Jenayah (Negeri Pahang) 2002, Seksyen 125 dan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Perak) 2004, Seksyen 125.

Di bawah Seksyen 125 dan 126 Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 560), diperuntukkan kaedah dan masa pelaksanaan hukuman sebat seperti berikut:

Seksyen 125 - Hukuman sebat

1. Peruntukan seksyen ini dan seksyen 126 hendaklah terpakai apabila tertuduh dihukum sebat.

2. Alat sebatan, tidak termasuk pemegangnya hendaklah daripada jenis yang sama dan dibuat sama ada daripada rotan atau ranting kecil pokok yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.

3. Peruntukan yang berikut hendaklah diikuti apabila melaksanakan hukuman sebat iaitu:

a) Sebelum dilaksanakan, pesalah mesti diperiksa oleh seorang pegawai perubatan kerajaan untuk diperakui bahawa kesihatannya dalam keadaan baik untuk menjalani hukuman itu.

b) Jika pesalah sedang hamil, hukuman hendaklah ditangguhkan sehingga tamat tempoh dua bulan selepas melahirkan atau keguguran, mengikut mana-mana yang berkenaan.

c) Hukuman hendaklah dilaksanakan di depan seorang pegawai perubatan kerajaan di mana-mana tempat sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah atau di suatu tempat yang ditetapkan oleh kerajaan.

d) Orang yang dilantik untuk melaksanakan hukuman hendaklah "adil dan matang".

e) Orang itu hendaklah menggunakan alat sebatan dengan kekuatan sederhana tanpa mengangkat tangan melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.

f) Selepas satu sebatan, dia hendaklah mengangkat alat sebatan ke atas dan tidak menariknya.

g) Sebatan boleh dibuat ke seluruh bahagian tubuh kecuali muka, kepala, perut, dada atau bahagian-bahagian sulit.

h) Pesalah hendaklah memakai pakaian mengikut hukum syarak.

i) Jika pesalah itu lelaki, sebatan hendaklah dibuat dalam keadaan dia berdiri dan bagi perempuan, dalam keadaan duduk.

j) Jika semasa pelaksanaan hukuman sebat itu pegawai perubatan kerajaan memperakui bahawa pesalah itu tidak lagi dapat menerima sebatan, ia hendaklah ditangguhkan sehingga diperakui semula tubuhnya sihat.

4. Dalam hal pesalah dihukum sebat sahaja, maka dia hendaklah diperlakukan seolah-olah dia dihukum dengan hukuman pemenjaraan sehingga hukuman itu dilaksanakan.

5. Jika pegawai perubatan memperakui bahawa pesalah itu - oleh sebab umur tua (lebih 50 tahun), keuzuran atau apa-apa sebab lain - tidak dapat menjalani hukuman pada keseluruhannya atau sebahagiannya, maka kes itu hendaklah dirujuk kepada mahkamah yang boleh memerintahkan hukuman itu dilaksana mengikut cara yang difikirkan munasabah.

Seksyen 126 - Masa melaksana hukuman

Apabila tertuduh dihukum sebat sebagai tambahan kepada penjara, hukuman sebat itu tidak boleh dikenakan jika suatu rayuan dibuat dan sehingga hukuman itu disahkan oleh Mahkamah Rayuan.

Sebatan itu hendaklah dikenakan dengan seberapa segera yang praktik dan dalam hal suatu rayuan, dengan seberapa segera yang praktik selepas penerimaan perintah Mahkamah Rayuan.





Kaedah pelaksanaan yang diperuntukkan sebenarnya tidak bertentangan dengan hukum syarak yang turut memberi panduan cara pelaksanaannya.

Jika menggunakan rotan atau ranting kayu, ia hendaklah dalam bentuk sederhana ukurannya. Tidak terlalu muda dan tidak terlalu tua, tidak berbuku-buku atau pecah-pecah atau seumpamanya.

Ia amat penting supaya ia tidak boleh mencedera atau menyebabkan luka parah ke atas pesalah.


Ini kerana hukuman tersebut bukan bertujuan mencederakan pesalah tetapi mencegah dan melarang serta memberi pengajaran kepadanya. Ia selaras dengan hadis riwayat Malik dari Zaid bin Aslam. "Seorang lelaki mengaku berzina di zaman Rasulullah SAW. Baginda meminta sebatang tongkat untuk menyebat lelaki itu. Apabila tongkat diberi kepadanya, Baginda mendapati ia telah pecah-pecah, lalu Baginda meminta tongkat lain.

Apabila yang kedua dibawa kepadanya, tongkat itu dibuat daripada dahan kayu yang baru dipotong. Rasulullah menolaknya lagi dan meminta tongkat lain. Akhirnya diberi kepada Baginda tongkat sederhana yang tidak keras, Rasulullah menerimanya dan memerintahkan supaya disebat tongkat itu.

Ketika melaksanakan hukuman sebat, cara sebatan hendaklah secara sederhana. Si pelaksana tidak boleh mengangkat tangan hingga ke paras kepalanya atau dengan lain perkataan, tidak boleh mengangkat tinggi tangannya sehingga sampai kepada matlamat dan tujuannya.

Saidina Umar al-Khattab r.a pernah menghukum sebat seorang pesalah di zamannya. Beliau berkata kepada tukang sebat: "Sebatlah dia dan jangan diangkat tanganmu sehingga ternampak ketiak."

Ketika Umar melihat pukulan agak kuat daripada sepatutnya, beliau berkata: "Kamu tidak menghukum tetapi membunuhnya.''

Mengenai bahagian yang disebat, Imam Syafie berpendapat, pukulan hendaklah ditujukan kepada pelbagai anggota tetapi hendaklah menjauhi faraj, rusuk dan semua anggota yang ditakuti membahayakan orang yang disebat.

Ia berdasarkan riwayat Umar al-Khattab bahawa beliau menemui seorang jariah yang sedang dilakukan hadd ke atasnya, lalu beliau berkata maksudnya: "Kamu pergilah kepadanya, pukullah dan janganlah sampai mengoyakkan kulitnya."

Ini kerana maksud daripada hukuman sebat itu adalah mencegah tanpa bertujuan membunuh pesalah.

Ketika disebat, pesalah mesti memakai pakaian menutup aurat. Jika memakai pakaian tebal, hendaklah diganti dengan yang sederhana kerana dibimbangi pukulan tidak dirasai oleh pesalah. Ini berdasarkan riwayat 'Abdullah bin Mas'ud r.a bahawa Rasulullah bersabda: "Tidak ada pada umat ini, perebahan, pembogelan, pembelengguan dan pengikatan."

Bagi pesalah hamil, hukuman mesti dilakukan dua bulan selepas melahirkan. Jika dia masih sakit, pelaksanaan mesti ditangguhkan sehingga betul-betul sihat.

Jika penyakitnya tiada harapan sembuh, hukuman hendaklah dijalankan serta-merta dengan syarat, rotan tidak akan mencederakannya.

Diriwayatkan Rasulullah pernah menyuruh supaya dijalankan hukuman sebat ke atas seorang lelaki yang sedang tenat dengan hanya satu pukulan menggunakan seratus mayang tamar yang diikat. Lelaki itu telah berzina dan sepatutnya disebat 100 kali.

Hukuman sebat juga hendaklah dilaksanakan pada masa dan keadaan yang sesuai iaitu tidak dalam cuaca yang sangat panas atau sejuk kerana boleh membawa kemudaratan.

Pelaksanaannya pula hendaklah di depan sekumpulan orang mukmin. Seperti firman Allah SWT dalam Surah al-Nur ayat 2: "Dan hendaklah pelaksanaan hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman."

Sementara itu, kertas kerja bertajuk "Peranan institusi penjara dalam pelaksanaan hukuman sebat bagi kes jenayah syariah: satu pandangan" oleh Masran Muhamad pula membezakan hukuman sebat antara pesalah jenayah dan syariah.




1. Saiz Rotan

Bagi pesalah jenayah panjang rotan tidak dinyatakan tetapi bergaris pusat 1.25 sentimeter. Sementara pesalah jenayah syariah pula ialah panjang 1.22 meter dan bergaris pusat 1.25 sentimeter.

2. Pemeriksaan Kesihatan

Bagi pesalah jenayah, pemeriksaan kesihatan dilakukan oleh mana-mana pegawai perubatan, manakala jenayah syariah oleh pegawai perubatan beragama Islam.

3. Pelaksanaan Hukuman

Bagi pesalah jenayah, sebat dilaksanakan oleh mana-mana pegawai sebat rotan yang dilantik oleh Komisioner Jeneral Penjara, manakala jenayah syariah hanya dilakukan oleh Pegawai Sebat Rotan beragama Islam.

4. Bahagian Anggota yang Disebat

Bagi pesalah jenayah, pukulan sebat hendaklah di bahagian punggung dan ia berbeza dengan jenayah syariah yang meletakkan beberapa pengecualian.

5. Cara Sebatan

Bagi jenayah syariah, tukang sebat tidak boleh mengangkat rotan sehingga ke paras kepala dan pukulan secara sederhana agar tidak melukakan kulit.

6. Kedudukan dan pakaian semasa disebat

Bagi pesalah jenayah, mereka tidak memakai pakaian dan hanya ditutup di bahagian sulit sahaja dan diikat di tripod manakala pesalah syariah lelaki disebat dalam keadaan berdiri dan perempuan duduk dan memakai pakaian menutup aurat.

7. Baki hukuman sebat yang dihentikan

Bagi pesalah jenayah, jika sebahagian atau keseluruhan hukuman sebat tidak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab kesihatan, maka ia akan dirujuk kepada mahkamah manakala jenayah syariah ia boleh ditangguhkan sehingga pegawai perubatan memperakui bahawa pesalah itu sihat tubuhnya untuk menjalani baki hukuman itu.

8. Orang yang boleh disebat

Bagi pesalah jenayah, perempuan tidak boleh disebat tetapi pesalah jenayah syariah, perempuan tidak dikecualikan.

9. Saksi-saksi

Bagi pesalah jenayah, tiada saksi diperlukan semasa hukuman dilaksanakan tetapi pesalah syariah mesti bersaksikan sekurang-kurangnya empat lelaki Islam.

Maka, hukuman sebat adalah sebagai satu bentuk hukuman dalam Islam yang bertujuan menjaga kebaikan dan kepentingan umum. Islam sentiasa memandang dan mementingkan kebaikan orang ramai lebih utama daripada individu kerana ia boleh menghindari kerosakan, keruntuhan moral dan memberi rasa keinsafan kepada pesalah.

Pelaksanaannya bukanlah bertujuan menzalimi pesalah sebaliknya memberi rasa keinsafan dan pengajaran.

PENULIS ialah Setiausaha Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM).

01 September 2009

Sebatan Antara Syarak Dan Undang-Undang-2

Hayunan/sifat kekuatan sebatan/tatacara sebatan.

Abd Qadir Audah ketika menjelaskan tatacara/prosedur ini:-

Hayunan hendaklah sederhana tidak terlalu kuat hingga melukakan/atau terlalu ringan.(hingga tidak merasa kesakitan dari pukulan tersebut dan tidak mencapai maqasid hukuman itu(penulis)).Bagi merealisasikan perkara ini,perkara berikut hendaklah diambil kira:

1.Di syaratkan penyebat(al-Jallad)ababila selesai melakukan sebatan tidak menarik cemeti/rotan tersebut hingga meyebabkan terkena pula ketempat lain pada bahagian tubuh pesalah.

2.Di syaratkan tidak mengangkat tangan(al-Jallad) melebihi paras kepalanya hingga menampakan ketiaknya.kerana keadaan sedemikian boleh mendatangkan pukulan yang kuat hingga melukakan kulit(terkoyak).(Abd Qadir Audah:Al-Tasyri` Al-Jinaei Al-Islami,Jld 2,ms 449-450/Talkhis al-Habir-mengenai Hadis menerangkan kadar hayunan sebatan-Hadis Riwayat al-Baihaqi)

3.Sebatan hendaklah dilakukan berturut(tujuan)mendatangkan kesakitan kepada pesalah.Maqasid hukuman adalah sebagai pengajaran dan teladan.(lihat Nihayah al-Muhtaj 8/9)

4.Tukang sebat itu sendiri hendaklah lelaki yang adil dan matang serta profesional tentang kerjayanya/keadaan fizikalnya tidaklah terlaku kuat atau terlalu lembut dan lemah.(lihat al-Mawwaq:al-Taj wa al-Iklil 6/318/Dr Asyraf Mohd Hasyim JS ,ms 5).

5.Lelaki disebat secara duduk,wanita disebat secara duduk(Hanafi/Syafie dan Hanbali),dalam menyebat pesalah minum arak hendaklah jangan dibogelkan.dibelenggu dan diikat,berdasarkan is Riwayat Ibnu Mas`ud(Dr Wahbah Al-Zuhaili Fiqh Islami j vi,ms 54/Hadis ini Riwayat Al-Tabrani dan menurut al-Alhaitami dalam Majma` al-Zawaid-seorang perawinya bernama Juwaibar adalah dhaif).Maliki mensyaratkan samada lelaki atau wanita hendaklah disebat dalam keadaan duduk.

6.Pesalah hendaklah berpakaian(menutup aurat) ketika menjalankan hukuman( wanita) jika berpakain tebal hendaklah digantikan,namun beberapa pandangan ulamak pesalah lelaki boleh ditanggalkan pekaian(dibenarkan menutup aurat berat sahaja)-ini pandangan( Imam Malik/Hanafi).


Tempat Sebatan(bahagian -bahagian badan).

Kebanyakan ulamak menegaskan sebatan hendaklah tidak pada suatu tempat sahaja,dan hendaklah dipukul tempat-tempat lain pada bahagian badan yang dibenarkan.Kaedah sebegini wajib disisi Hanafi/Syafie dan sunat disisi Hanbali.Pukulan hendaklah ditujukan pada pelbagai tempai seperti bahu,lengan,peha dan betis dan dijauhi tempat-empat seperti kemaluan,muka,kepala,dada dan perut.Saidina Ali pernah berkata kepada tukang sebat:pukulah dia dan berikan setiap anggota haknya dan jauhi muka dan kemaluanya.(kata Al-Haitami riwayat ini Mauquf kepada Saidina Ali.)

Bagi Maliki,beliau berpendapat bahagian yang dipukul semasa menjalankan had hanyalah belakang dan bahu sahaja.Pandangan ini didasarkan dari apa yang diarahkan oleh Rasulullah dalam kes seorang sahabat menuduh(qazaf) isterinya curang,maka katanya:kemukakan bukti atau had atau belakangmu.

Imam Syafie berpendapat pukulan hendaklah ditujukan kepada semua bahagian selain muka,faraj,rususk dan semua anggota yang ditakuti mendatangkan kerosakan pada tubuh.Pandangan ini diasaskan dari kata-kata Saidina Ali seperti diatas,dan riwayat dari Saidina Omar bahawa beliau menemui seorang jariyah yang sedang dilakukan hukuman had keatasnya,lalu beliau berkata:pergilah kepadanya,dan pukullah dan jangan sampai mencederakan kulitnya.Inilah maksud perlaksanaan had bertujuan menegah bukan untuk membinasakanya.(Fiqh Islami:55).

Dari perbahasan diatas boleh disimpulkan secara umum:-

Ulamak sepakat-pukulan tidak dibenarkan dimuka,kemaluan atau mana-mana tempat yang boleh membawa maut(contoh:leher dan rusuk).

Jumhur Ulamak berpandangan sebatan tidak dibenarkan di kepala.Alasanya kepala adalah tempat sensitif dan dibimbangi sebatan akan mencacatkan syaraf hingga menyebabkan gangguan akal,mata dan telinga.Namun sebahagian ulamak Hanafi dan Syafie membenarkanya dengan kadar sebatan yang sedikit.(perlu diteliti secara klinikal jika sebatan dilakukan di kepala).Nihayah al-Muhtaj 8/17.

Tempat Hukuman.

Satu Hadis Riwayat Imam al-Tirmizi yang menyebut:..Janganlah kamu menjalankan hukuman hudud di masjid-masjid(Status:dhaif-diriwayatkan dari berbagai jalan-semua jalan ada perawi dhaif dalam sanadnya-Lihat Talkhis al-Habir/Majma` al-Zawaid jld vi/Subulus Salam jld iv).Berdasarkan dari hadis ini,kebanyakan ulamak(Jumhur) tidak mengharuskan hukuman dijalankan di masjid.Sungguhpun begitu boleh kita merenung kepada ayat Allah(an-nur:2)-maksudnya:..`dan hendaklah disaksikan hukuman yang dilaksanakan itu oleh sekelompok orang-orang yang beriman`.Soal tempat menjalankan hukuman sebenarnya tidak diperincikan dalam nas selain dari petunjuk dari hadis diatas dimana dilarang menjadikan masjid bagi tempat menjalankan hukuman.Ini bertujuan bagi menjaga kemuliaan masjid itu sendiri.

Perbahasan ulamak seperti berikut:(Fiqh Islami:56)

1.Ulamak Hanafi/Hanbali-dijalankan ditempat yang dipenuhi oleh orang ramai sebagaimana arahan Allah tersebut.

2.Syafie/Maliki pula:Di galakan kesaksian(dipertontonkan oleh orang ramai) sekurang-kurangnya oleh 4 orang.

Jelasnya perlaksanaan hudud hendaklah dijalankan bagi memberi pengajaran,maka maksud ini akan terhasil jika hukuman tersebut dipertontonkan kepada umum,Maka dari segi perbahasan hukumnya-had dikhalayak ramai adalah sunat disisi Hanafi/Syafie dan Maliki,dan wajib disisi Hanbali.

Cuma apakah dimaksudkan (`toifah`:sebahagian/sekelompok) Ada berbagai tafsiran(lihat pandangan Syafie/Maliki diatas-memadai disaksikan sekurang-kurangnya 4 orang),dikatakan sekelompok atau sebahagian orang ramai mungkin jumlahnya 3/5/6/7/10 orang?.Mengikut Al-Alusi-tiada had atau jumlah mereka yang hadir bagi menyaksikan perlaksanaan sebatan ini,yang penting ianya mencapai maksud hukuman itu sendiri sebagai iktibar dan pengajaran kepada orang lain agar tidak melakukan kesalahan yang sama.(Dr Asyraf Md Hashim JS/10)



Petikan dari blog Dari Alam Kehidupan Tuan Azhari
http://tmaarh66.blogspot.com/

Sebatan Antara Syarak Dan Undang-Undang-1

Salam Ramadhan,


Sebat merupakan jenis hukuman utama dalam Undang-Undang Jenayah Islam.Jika diteliti kita boleh bahagikan kepada dua bahagian:-1-Sebat dalam hudud 2.Sebat bagi kesalahan ta`zir.
Bila disebut hudud ianya suatu hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah(lihat al-Talwih ala al-Taudih li Taftazani,j2,ms 151),manakala ta`zir hukuman yang tidak ditetapkan oleh Allah,maknanya hukuman yang ditetapkan bagi pengajaran keatas kesalahan(dosa)selain daripada hukuman had/hudud dan kaffarah(lihat Mughni Muhtaj 4,190),dan ianya tertakluk pada budibicara pemerintah dalam menetapkan hukuman bagi memberi pengajaran(YA Datok Asri :Kaedah Hukuman Sebat.JH xx11 2006/ms 02).


Dalam Uqubah Hudud sebat adalah hukuman mandatori bagi tiga jenis kesalahan:-

1) Zina: 100 kali sebatan bagi kes ghair muhson(belum kahwin/Rujuk Surah Al-Nur:2).

2) 80 kali sebatan dalam kes Qazaf(menuduh seseorang berzina tanpa saksi yang cukup/An-Nur:4))

3) 40 sebatan/80 sebatan bagi peminum arak.(Hadis Muttafaqun Alaih:Syarah Bulughul Maram,Abdullah Bin Abd Rahman AlBassam, Juz 6:352/hadis No 1078)


Disamping itu juga bagi kesalahan ta`zir,boleh juga dikenakan sebatan mengikut sebagaimana dikanunkan keatas apa jua kesalahan yang difikirkan sesuai dengan seksaan sebat.(lihat Akta Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-Negeri)

Sebatan Dalam kes Ta`zir.

Hukuman sebat dalam kes ta`zir,adalah disandarkan dari sumber berikut:

1)Al-Kitab-Surah An-Nisa`:34) Hukuman kepada isteri yang nusuz.
2)Al-Sunnah-Hadis Riwayat al-Bukhar/Muslimi-..Janganlah kamu menyebat lebih dari sepuluh sebatan melainkan dalam kes had dari had-had Allah
3.)Ijmak Sahabat Mulia atas pensyariatan hukuman ta`zir.
4.)Aqal-keluasan kepada hukuman yang yang telah ditetapkan bagi tujuan pencegahan.Ta`zir adalah hukuman yang diwajibkan dalam kes-kes yang bukan kes had dan kaffarah.(al-Mufassal J5:446).


Kaedah Sebatan Mengikut Perbahasan Fiqh.
Kita cerita dulu dalam 3 kesalahan hudud.

Alat:Ulamak sepakat alat yang digunakan untuk sebatan dalam keslahan hudud selain meminum arak adalah `al-sawt`(cemeti-alat dibuat dari kulit dipintal/tidak dipintal) .Kata Ibnu Qudamah:Sesungguhnya sebatan adalah dengan cemeti,tidak kami ketahui adanya perselisihan pendapat dikalangan ilmuan tentang perkara ini melainkan dalam kes munum arak(Rujuk Dr Asraf Hasyim JS:Ms 02/Ibnu Qudamah:al-Mughni:10/333/al-Hawi al-Kabiir:13/435)
Bagi peminum arak,ulamak mempunyai pandangan yang berbeza mengenai alat yang digunakan bagi sebatan.

Jumhur:Hanafi/Maliki/Sebahagian Syafie dan Hanbali:Alat tersebut cemeti sahajas ama seperti kes hudud lain.Alasan/Dalil Hadis Riwayat Abu Daud dan Al-Tirmizi:
Sesiapa yang minum arak,maka sebatlah ia...)lihat Syarah Bulughul Maram Bab hadd bagi Munum Arak).arahan sebat diatas adalah adalah umum(tanpa sebut alat sebatan)Oleh yang demikian alat sebatan adalah dirujuk kepada alat sebatan yang dipakai dalam kes zina/qazaf.Oleh yang demikian alat tersebut adalah al-sawt`/

Pandangan ini ditolak oleh sebahagian ulamak dengan menyatakan,dalam kes minum arak terdapat hadis sahih yang menyebut tentang alat penyebat yang lain selain cemetai.pandangan muktamad mazhab syafie menyatakan selain cemeti,alat lain seperti hujung kain(atraf al-thiyab).sepatu(al-ni~al) dan pelepah tamar(al-jarid).Pandangan ini didasarkan dari Hadis dari Abu Hurairah r.a-
`bahawa seorang lelaki yang meminum khamar dihadapkan kepada Rasulullah s.a.w,beliau bersabda pukullah dia,lalu abu Hurairah menjelaskan: diantara kami ada yang memukul dengan tangan,ada dengan sepatu dan ada dengan pakaian.(Riwayat Muslim).
(lihat Syarah Bulughull Maram j6:382)
Pandangan ini juga disokong oleh sebahagian ulamak mazhab hanbali.

Ibnu qudamah ada memberi komentar hal ini:Hadis diatas adalah diperingkat awal hukuman sebat keatas peminum arak,selepas dari itu telah sabit amaln dari Rasulullah dan para sahabat baginda menjalankan sebatan dengan menggunakan cemeti.(Dr Asraf Hasyim/Al-Mughni).

Tarjihan:

Pendangan yang terkuat,hukuman selain cemeti bagi peminum arak adalah diterima pakai,tidak ada petunjuk hukuman tersebut dimansukhkan.Bagi mereconcilekan pandangan ini,kedua jenis alat:cemeti dan lainya adalah diterima pakai.Namun begitu bagi tujuan uniformiti,alat sebatan cemeti(dibaca:rotan) perlu diutamakan tanpa menafikan alat-alat lain.

Spec Alat Sebatan.
Sekiranya digunakan rotan/cemeti dan seumpamanya,maka hendaklah rotan itu sederhana ukuranya.tidak terlalu muda atau tua,tidak berbuku-buku atau pecah,bagi tujuan tidak mencederakan atau melukakan pesalah/

Antara hadis yang menerangkan tentang spesifikasi ini ialah:

Rasulullah telah diberikan cemeti lama untuk menyebat penzina,lalu baginda menolak ,lalu dibawa cemeti baru yang masih ada lebihan cebisan atau lebihan,baginda juga menolak,lalu dibawa cemeti yang tidak terlalu lama dan baru,lalu baginda menyebatnya dengan cemeti tersebut.

Amalan Sahabat:
Saidina Omar Al-khattab akan meminta cemeti yang tidak terlalu lama dan baru bagi tujuan menyebat pesalah.

Anas Bin Malik pernah diarahkan menyediakan cemeti pada zaman saidina Omar,lalu beliau membuat cemeti tersebut dan membuang segala lebihan serta dihimpitkan diantara dua batu untuk melembutkanya.(Dr Asyraf Hasyim JS 2000) lihat juga Sunan al-Kubra lil Al-Baihaqi 8/326. al-Muwatta 4 146.

Petikan dari Dari Alam Kedhiudupan Tuan Azhari
http://tmaarh66.blogspot.com/

Isu Sebat

Isu sebat: Jawapan untuk Tun Mahathir
Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
Tue | Sep 01, 09 | 10:08:35 am MYT

PENDAPAT: Negarawan Malaysia, Tun Dr Mahathir, berkata di dalam blognya: "Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak?" Beliau kemudiannya berkata:

"Dalam Al-Quran terdapat 43 ayat yang menegaskan; "Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil". Apakah mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya? Apakah tidak ada dalam Islam belas kasihan bagi yang bersalah buat kali pertama? Saya harap pihak-pihak yang pakar dalam perkara ini dapat menunjuk ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab yang dirujuk oleh hakim apabila hukuman ini dijatuhkan."

Sebagai menyahut pertanyaan Tun tersebut, saya sediakan artikel ringkas ini memberikan input kepada beliau dan mereka yang masih tertanya-tanya.

Arak dan statistik keburukkannya

Sebelum saya menghuraikan secara ringkas jawapan bagi persoalan Tun Dr Mahathir, izinkan saya meningingatkan pembaca berkenaan arak dan statistik keburukannya, sehingga menyebabkan Islam begitu bersungguh melarang dan meletakkan undang-undang ke atas peminumnya juga. Ia sebenarnya tidak lain kecuali untuk mengutamakan keadilan umum, di atas hak individu.

Menurut statistik rasmi di United Kingdom, 'Alcohol-related crime' adalah seperti berikut :-

* Hampir 45 - 46 % kejadian jenayah, mangsa meyakini bahawa penyerangnya di bawah pengaruh alkohol (arak).

* Angka tadi naik kepada 58% dalam kes serangan oleh individu yang tidak dikenali.

* 39% keganasan dalam rumahtangga melibatkan alkohol (arak)

* Hampir sejuta serangan ganas yang berlaku dalam tahun 2007-2008, dipercayai dilakukan oleh mereka yang sedang mabuk atau separa mabuk. (Source: British Crime Survey 2007/08)

Manakala di Russia pula, sekitar 72 % kes pembunuhan adalah berkait dengan akibat minuman arak. 42 % pula kes mati bunuh diri hasil dari arak. Menurut Prof Nemtsov, Russia kehilangan (mati) rakyatnya seramai 500,000 ke 750,000 akibat arak.(sumber)

Tanpa had dan kawalan berkesan, lebih menggerunkan di UK statistik menunjukkan 30% kanak-kanak berumur 11 hingga 15 tahun turut minum arak sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Selain penyebab jenayah, arak juga turut memberi impak amat buruk kepada kesihatan.

Seorang doktor di London memaklumkan purata umur pesakit dari kesan arak adalah berumur 20 ke 30 tahun, sebelum ini biasanya mereka yang berumur 50 tahun ke atas sahaja yang kerap ke hospital akibat arak.(rujuk)

Dilaporkan oleh organisasi kesihatan, di United Kingdom jumlah penduduk yang dirawat akibat penyakit dari kesan minuman arak bertambah dua kali ganda sejak sepuluh tahun lepas.

Secara purata rakyat Britain 'menelan' arak sebanyak 9.6 liters arak keras dan tulen secara tahunan, ia lebih dahsyat dari Russia yang mencatatkan 8.7 liter sahaja. Sedangkan Russia diwartakan sebagai negara yang terbanyak �peminum arak' sebelum ini.

Hasil dari petikan statistik ringkas ini, adakah masih terdapat pemimpin yang begitu �TIDAK BERTANGUNGJAWAB' sehingga sanggup mempertahankan penjualan arak dengan MELUAS tanpa kawalan dan hanya beriman dengan �kawalan diri'?, disamping membawakan hujjah hak kebebasan individu, bangsa, agama tertentu dan hak syarikat?.

Sebenarnya, membenarkan penjualan arak adalah satu pencabulan hak bagi majoriti masyarakat Malaysia yang lain, kerana ia mendedahkan individu lain dalam keadaan bahaya sebagaimana yang berlaku di UK, Russia dan lain-lain negara aktif arak.

Hukuman minum arak dalam Islam

Dalam Islam, arak itu sendiri adalah haram atau dilarang. Sama ada minum sedikit atau banyak adalah sama sahaja larangannya. Demikian juga dadah. Sabda Nabi s.a.w: "Apa-apa yang banyaknya memabukkan, maka sedikitnya juga haram ( walaupun belum memabukkan) ( Riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu Daud : Ibn HIbban : Sohih )"

Ayat al-Quran dan hadis berkenaannya terlalu banyak dan amat biasa kita baca. Islam mengakui wujudnya manfaat kecil dari arak tetapi manfaatnya adalah berdiri di atas kehancuran pihak yang lain. Sama seperti judi, yang menang sememangnya gembira namun ia menang di atas kekalahan pihak yang lain.

Firman Allah swt :
"Mereka bertanyakan kepada kamu tentang arak dan judi, katakanlah (kepada mereka) pada kedua-duanya terdapat dosa yang besar dan kebaikan kepada manusia, dan dosa pada kedua-duanya lebih banyak dari kebaikan" (Al-Baqarah : 219)

Lagi Allah menegaskan :
"Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah ( DIHARAMKAN) perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan ( Al-Maidah : 90)

Terbukti secara teori dalam ilmu Islam dan realiti dari statistik yang diberikan, arak adalah salah satu punca utama jenayah, selagi ruang dan peluang dibuka seluasnya selagi itulah manusia akan melakukan kesalahan mabuk.

Kerana itu nabi menyebut: "Arak itu adalah ibu kepada kejahatan ( Hadis Hasan : Albani ; Silsilah Ahadith As-Sohihah, 1854)"

Gunakan kuasa dengan tepat dan adil, selaras dengan perjuangan kamu. Adil dalam konteks arak adalah mengharamkannya dalam penjualan bebas.

Hukuman sebat bagi peminum arak

Bagi sesiapa sahaja yang bertanya dari kitab mana, dan buku mana, sumber mana diambil hukuman sebat bagi peminum arak, jawapannya adalah seperti berikut, tindakan mengenakan sebatan bagi peminum arak adalah diambil dari kumpulan hadis-hadis Nabi yang cukup banyak, antaranya:

1. Hadis Nabi:"Apabila mereka minum arak, sebatlah mereka, dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka ( Riwayat Abu Daud)."

2. Hadis Nabi: "Nabi telah didatangi oleh seorang lelaki yang telah meminum arak, lalu telah disebatnya dengan dua pelepah tamar sebanyak 40 kali (Riwayat Muslim)

3. Hadis Nabi "Sesungguhnya dipukul (sebat) bagi arak (peminum) dengan kasut-kasut dan pelapah tamar sebanyak 40 kali." (Riwayat Muslim)

4. Hadis Nabi: "Sesungguhnya Nabi s.a.w merotan (sebat) dalam kes arak dengan pelepah tamar dan sepatu, kemudian Abu Bakar ( di zaman pemerintahannya) juga menyebat dengan 40 kali sebatan, di ketika pemerintahan Umar, beliau meminta pandangan orang ramai dari kampong dan desa lalu berkata: Apa pandangan kamu berkenaan sebatan bagi peminum arak?, lalu Abd Rahman Auf berkata: Aku berpandangan kita menjadikannya hudud yang paling ringan (merujuk kepada sebatan qazf), maka Umar membuat keputusan untuk menyebat dengan 80 kali sebatan ( Riwayat Muslim dan Abu Daud)

5. Athar sahabat

"Berkata Ali r.a : Rasulullah menyebat peminum arak 40 sebatan, Abu Bakar juga 40 sebatan, Umar menyebat 80 sebatan, semuanya adalah sunnah, dan ini ( merujuk kepada 40 sebatan) adalah lebih aku sukai. ( Riwayat Muslim )

6. Hadis Nabi "Seorang lelaki dibawa ke penghakiman Nabi s.a.w kerana telah mabuk (minum arak), lalu Nabi s.a.w mengarahkan sekitar 20 orang lelaki untuk menyebatnya dengan pelepah tamar dan sepatu (Al-Bayhaqi) Jika dikatakan, itu semua dari hadis, maka apakah pula dalil al-Quran yang menyuruh? jawabnya adalah:

"Kami turunkan kepadamu Al Qur'an, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan." ( An-Nahl : 44)

Maka itulah tugas hadis nabi yang bersumber dari kata-kata, perbuatan dan perakuan baginda Nabi s.a.w yang menjadi penjelas kepada Al-Quran.

Perbezaan tafsiran ulama

Ulama telah bersepakat bahawa mesti dijatuhkan hukuman bagi peminum arak, sama ada ia minum banyak atau sedikit. Namun ulama berbeza pandangan dalam sekurang-kurang dua perkara iaitu :

1.Adakah hukuman sebatan ke atas peminum arak adalah dalam kategori hukuman hudud atau hanya ta'zir.

Kebanyakan mazhab seperti Hanafi, Maliki, Syafie meletakkan hukuman sebat ke atas peminum arak sebagai hukuman hudud.

Namun demikian, sebahagian ulama lain seperti At-Tabari, Ibn Munzir, As-Syawkani, Ibn Qayyim, Al-Qaradhawi, Al-Uthaymin menganggapnya sebagai ta'zir semata-mata, yang mana ia terserah kepada hakim untuk menentukan jumlah sebatan dan keperluan untuk menyebat atau tidak.

Menurut Al-Qaradhawi, ia terbukti sebagai ta'zir kerana wujud pelbagai dalil yang menunjukkan:

a)Jumlah pukulan berbeza mengikut keadaan peminum. Ada yang dikenakan 40 kali dan ada yang dikenakan 80 kali. Sifat hukuman hudud adalah tetap, namun ini berbeza-beza menunjukkan ia hanyalah dari hukuman ta'zir, yang terserah kepada kebijaksanaan hakim menentukan jumlahnya.

b)Dalam salah satu hadis yang tesebut di atas, Abd Rahman Auf r.a mencadangkan kepada Umar agar diletakkan hukuman yang paling rendah berbanding hudud, ini menunjukkan hukuman ini adalah ta'zir kerana menurut majoriti ulama, hukuman ta'zir tidak boleh melebihi hudud.

c)Cara penjatuhan hukuman juga berbeza, ada yang disebat menggunakan sepatu, ada yang menggunakan tangan, baju dan sebahagian lain menggunakan pelepah tamar. Tidak mungkin hukuman ini dari jenis hudud jika sedemikian kerana hukuman hudud semestinya fixed atau tetap jumlahnya.

Berdasarkan penelitian terhadap dalil dan perbincangan para ulama yang panjang lebar dan mendalam, secara peribadi saya cenderung kepada hukuman ini adalah ta'zir dan bukan hudud. Wallahu'alam.

2.Jumlah sebatan yang perlu dikenakan

Dalam hal ini, para ulama terbahagi kepada dua kumpulan:

Pertama: Mazhab Hanafi, Maliki, At-Thawry dan Hanbali : Sebatan sebanyak 80 kali sebatan sama ada lelaki atau perempuan.

Kedua: Mazhab Syafie : 40 kali sebatan sahaja. Namun jika hakim mendapati kesalahannya berat, hakim boleh menambah sehingga 80 kali sebatan, dan lebih dari 40 sebatan itu dikira sebagai ta'zir , manakala 40 sebatan yang awal adalah hudud.

Bolehkah pesalah tidak disebat?

Ia bergantung kepada mazhab mana yang dterima pakai oleh Mahkamah Syariah Malaysia, hakim dan negara Malaysia.

Jika Hudud

Jika kesalahan meminum arak diterima sebagai kesalahan hudud sebagaimana pandangan mazhab Syafie. Pesalah tidak boleh dielak dari hukuman sebat tadi kerana hukuman sebat dikira sebagai hak Allah SWT.

Hak Allah perlu didahulukan dari sekalian hak makhluk dan sesuatu itu termasuk dalam hak Allah apabila kemudaratannya meluas dan umum, seperti zina, riba, murtad dan sebagainya. Namun pelaksanaan hukuman hudud ke atas seseorang pesalah, boleh ditangguh berdasarkan keperluan tertentu.

Dalam kategori ini, semua pesalah walau kali pertama melakukan kesalahan, akan dihukum kerana mudarat ke atas masyarakat umum.

Jika Ta'zir

Jika kesalahan ini dianggap dari jenis Ta'zir, maka hakim mempunyai kuasa untuk mengampun sama ada atas alasan ia kesalahan kali pertama, ia seorang yang lemah, ia seorang tidak sihat dan sebagainya. Demikian menurut mazhab Syafie.

Justeru, sebelum dikritik keputusan hakim, bincangkan terlebih dahulu mazhab mana yang ingin diikuti di Malaysia, khususnya dalam konteks hukum minum arak ini.

Sejauhmana sebatan ini adil?

Pertama

Jika ia benar-benar hudud dan termasuk dalam hak Allah swt, tidak layak manusia yang hina untuk mempersoalkan tentang keadilan, kerana Allah swt sentiasa adil walau menghumban sesorang manusia ke nerakaNya.

Allah tetap adil walau Dialah yang menyesatkan sekumpulan manusia dan memberi hidayat kepada sebahagian yang lain. Kerana apa adil? Kerana piawan adil Allah tidak sama dengan manusia yang dicipta.

Keadilan Allah adalah kerana dia yang mencipta kita, dan Dia berhak untuk menentukan apa sahaja yang diinginiNya.

Jika kita merasakan Allah tidak adil menyesatkan sekumpulan manusia, maka individu tersebut perlu memulangkan nyawa yang Allah berikan kepada mereka dan beredar dari galaksi ciptaan Allah swt ini ke sebuah alam ciptaan sendiri.

Kedua

Sebatan ini, tidak zalim sama sekali kerana ia bukan bertujuan menyakitkan seperti sebatan ekor pari yang menghakis kulit, daging dan sampai ke tulang. Sebatan ini hanyalah untuk pengajaran, seperti denda cikgu kepada muridnya, ibu kepada anaknya atas tujuan mengajar, atas asas belas kasihan dan bukan dendam kesumat dan �geram' memukul.

Hasilnya, pelbagai displin sebatan telah ditentukan dalam hukum Islam iaitu:

* Tidak boleh dipukul wajah dan kemaluan.
* Alat yang digunakan mestilah tidak besar, bukan tongkat yang besar, ia adalah seperti dahan dan ranting sederhana sahaja.
* Tidak diharuskan si pemukul mengangkat tanganya melebihi paras ketiaknya, atau tidak boleh terlihat bawah lengannya semasa mengangkat pemukul, dan pukulan tidak terlalu menyakitkan, tidak pula terlalu perlahan.
* Yang diangkat adalah sikunya sahaja dan bukan lengan.
* Lelaki disebat secara berdiri, wanita secara duduk.

Adakah jenis pukulan yang sebegini pun dianggap zalim? Jika demikian guru-guru sekolah, ibu bapa, suami memukul, adalah lebih zalim kerana hukumannya tidak dibicarakan di mahkamah.

Bagi saya, jika hukuman sebegini pun masih zalim, tentunya yang menuduh ia zalim itu akan jadi lebih zalim kerana bercakap dan mengkritik tanpa ilmu.

Ketiga

Sejauh mana pula adilnya orang luar seperti Tun Dr Mahathir dan yang lainnya, mempertikaikan hak seorang hakim dalam membuat keputusan?.

Bukankah sang hakim lebih berhak menentukan hukuman yang paling adil disebabkan beliau berada sepanjang sesi perbicaraan dari kedua-dua belah pihak, mendengar pandangan kesemua pembela dan pendakwa.

Justeru, adalah TIDAK ADIL bagi orang di luar mahkamah untuk mengkiritk sewenangnya keputusan hakim, sedangkan mereka tidak mempunyai gambaran sebenar di sebalik sesebuah kes.

Mungkin sahaja, si pesalah sendiri redha dan ingin hukuman dilaksanakan. Justeru itulah keadilannya.

Keempat

Bukankah keputusan hakim patut dihormati sebagai menunjukkan autoriti badan kehakiman dari sebarang gangguan luar?

Kita kerap mendengar di mahkamah civil bahawa sebarang keputusan mahkamah tidak boleh dikritik terbuka sama ada di dalam mahkamah atau diluarnya, kerana akan termasuk di dalam kesalahan �menghina mahkamah' (contempt of court), lalu mengapa pula pihak yang kurang maklumat di luar ini dengan senang dan mudah mengkritik keputusan mahkamah Syariah?

KelimaDi dalam Islam, adil atau tidak bukan terletak pada logik aqal manusia semata-mata, namun adil yang sebenarnya adalah melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah swt dan baginda Nabi s.a.w.

Kalau dalam konteks kes ini, pesalah juga telah bersedia menjalani hukuman tersebut sebagai satu proses kesedaran dirinya. Adilkah kita mempersoalkan hak pesalah untuk mendapat hukuman.?

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan kepada beberapa jawapan kepada persoalan yang diutarakan oleh Tun Dr Mahathir.

* Dr. M: Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak?

Ya, benar, bukti-bukti berkenaan wujudnya hukuman ini bersumberkan hadis-hadis yang sohih.

* Dr. M: Apakah ada larangan dalam Islam untuk mengkanunkan undang-undang syariah?

Di dalam Islam, tiada larangan sama sekali, malah digalakkan bagi mencapai keseragaman dalam keputusan hakim.

* Dr. M: Jika Kerajaan tidak mengkanunkan undang-undang syariah melalui proses perbahasan dan kelulusan oleh dewan-dewan undangan, atau melalui fatwa oleh ulama-ulama, bolehkah tulisan-tulisan ulama tertentu dijadikan asas hukum mengikut pendapat hakim?

Ini saya tidak pasti, memang sepatutnya tidak boleh hakim menjatuhkan hukuman tanpa undang-undang itu dikanunkan, cuma saya tidak pasti mengapa ia belum dikanunkan. Sepatutnya sesebuah kerajaan negeri bertanggungjawab untuk mengkanunkannya.

Namun sebelum ia dikanunkan, pertikaian yang diutarakan oleh Tun memang relevan dalam konteks hukum dunia, namun adalah salah di sisi Islam, kerana semua hukum Islam sepatutnya dikanunkan.

Mahkamah ini pula adalah mahkamah Syariah yang khusus untuk hal ehwal orang Islam dan bukannya mahkamah sivil. Justeru apa ertinya sebuah mahkamah dinamakan 'SYARIAH' jika keputusan yang berlandaskan hukum Islam juga tidak boleh dilaksanakan.?

Jika demikian, tiada erti nama 'syariah' pada sebuah mahkamah Syariah lagi.

* Dr.M: Dalam Al-Quran terdapat 43 ayat yang menegaskan; "Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil". Apakah mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya? Apakah tidak ada dalam Islam belas kasihan bagi yang bersalah buat kali pertama?

Lebih zalim yang mengkritik tanpa ilmu. Hukuman ini adalah adil atau tidak telah diulas di atas, dan ia juga tertakluk kepada penentuan sama ada hukuman sebat peminum arak adalah hudud atau takzir.

* Dr. M: Sudahkah kita rujuk kepada Al-Quran berkenaan dengan minum beer (arak) dan hukuman yang perlu dikenakan supaya keadilan tercapai?

Oleh kerana dirujuk kepada hukum al-Quran dan Hadis nabi, hukuman tersbeut patut dijalankan. Kerna arak terbukti merosakkan umum dan bukan hanya individu terbabit semata-mata. Cuba lihat dan fahami statistik yang disertakan di atas.

* Dr. M: Saya harap pihak-pihak yang pakar dalam perkara ini dapat menunjuk ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab yang dirujuk oleh hakim apabila hukuman ini dijatuhkan.

Jika seseorang itu berkefahaman sesat 'anti hadis', sudah tentu hanya akan mendakwa tiadanya ayat Quran yang specifik sebagai alasan, namun terlalu banyak ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan keperluan untuk taat dan mengikuti Rasulullah, bagaimana cara taat?

Tidak lain dengan merujuk kepada sumber perincian ayat-ayat Al-Quran yang biasanya bersifat umum, sumber itu adalah hadis-hadis Nabi.

Tidak menerima Hadis bermakna seseorang itu tidak menerima Al-Quran.

Gelaran yang tepat bagi kumpulan yang tidak meyakini hadis, sebenarnya bukan kumpulan 'anti hadis' tetapi golongan anti 'Al-Quran dan Hadis' sekaligus.

Kalaulah semua hadis itu tidak boleh dipercayai sebagaimana dakwaan kumpulan sesat 'anti hadis (& Quran) tadi,' bagaimana mungkin boleh wujud ayat-ayat Al-Quran seperti di bawah yang menyuruh kita mengikut Rasulullah?

Sudah tentu akan berlaku kontradiksi, dan mustahil Allah akan mengarahkan kita kepada sesuatu perkara yang mustahil atau di luar kemampuan untuk diikuti.

Kerana itu jelas bahawa apabila Allah memberitahu bahawa Allah menjaga Al-Quran, maka yang termasuk juga di dalam peliharaan Allah adalah hadis-hadis. Kerana itu sehingga hari ini, kita dapat lihat sistem yang sangat terperinci dalam tapisan sesebuah hadis.

Dalam konteks sebatan ini, ayat-ayat yang menjadi sumber hukumannya merujuk kepada semua ayat-ayat yang mengarahkan kita untuk patuh kepada Nabi s.a.w dan mencontohinya, itulah satu-satunya jalan selamat dan diredhai Allah swt . Sebagai contoh ,ayat nya adalah dari Surah Al-Imran ayat ke-31:

Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ( Ali- Imran : 31 )

dan sebuah ayat lagi: Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. ( An-Nisa : 59)

Jadi bagaimana ingin mengikuti dan merujuk kepada Rasul dalam konteks hukuman bagi peminum arak ini?. Jawapannya sekali lagi, iaitu dengan merujuk kepada hadis-hadis baginda Nabi. sebahagiannya telah disebut di atas.

Manakala kitab-kitab rujukannya boleh rujuk senarai kitab yang dirujuk di dalam nota kaki artikel ini. Itulah kitab-kitabnya.

Jika mahu melihat gambar kitabnya, saya sertakan salah sebuah darinya yang amat penting. Semoga dapat membacanya dengan faham.

Akhirnya diharap Tun Dr Mahathir sudi untuk membaca ulasan dan jawapan saya terhadap soalan-soalan yang dikemukakan.

5 Ramadhan 1430 H
26 Ogos 2009. _

22 Ogos 2009

Marhaban Ya Ramadhan 1430h

Assaamuaalaikum YAA,YA ,Tuan dan Puan yang dikasihi sekalian
Semoga Allah s.w.t mengurniakan rahmatNYA kepada kita semua diakhir Fasa pertama "Jamiah' Ramadan kali ini.Saalam Merdeka buat Tuan/Puan.Semoga Allah beri kekuatan kepada kita semua untuk merealisasaikan erti kemerdekaan yang sebenarnya.
Alhamdulillah kebanyakkan dari kita pegawai2 syariah yang telah mendaftarkan diri dalam Syariah yahoogroups telah mengambil peluang untuk berbincang dan betukar fikiran dalam ruang maya ni demi kebaikan kita bersama. Maka tidak dapat dinafikan apabila kes Kartika ini mula dilaporkan ianya bukan sahaja 'meletup' diluar tetapi juga dalam yahoogroup kita. Teringat saya semasa kes ini mula dilaporkan ketika itu saya masih di Oxford University, tidak sampai 24jam dari ia mula dilaporkan ianya telah menarik minat scholars disana. Kebanyakan mereka bertanyakan tentang rasional, kuasa Hakim Syarie dan yang paling popular sekali adalah berkaitan dengan isu gender. Saya jangkakan dalam isu rotan/ kes sebat ini, para penyelidik tempatan dan luar negara sudah pasti akan menumpukan kepada isu gender ini. Mereka akan melihat selepas ini samada YA Hakim2 kita bersedia atau tidak untuk mengenakan hukuman maksimum yang sama ke atas pesalah2 lelaki yang didapati bersalah atas kesalahan yang sama. Semoga YA Hakim2 kita akan konsisten didalam isu hukuman ini without and favour tetapi semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah..
Bercakap berkaitan Hukuman ini, kita di PPSM mengharapkan agar YA Hakim2 Mahkamah Tinggi dan Rayuan boleh menetapkan satu garis panduan yang jelas tentang dasar hukuman (Sentencing Policy). Untuk tujuan tersebut izin saya mencadangkan agar thesis yang ditulis oleh Dr Hashim Mihat boleh dijadikan rujukan. Selain itu rujukan juga boleh dibuat kepada buku yang ditulis oleh Prof Andrew Ashworth dengan beberapa pindaan yang perlu supaya ianya menepati dengan Hukum Syarak. Dengan adanya garis panduan yang jelas itu saya percaya kita boleh mengelak dari hukuman yang tidak konsisten melibatkan fakta yang lebih kurang sama. Secara tidak langsung dapat menutup ruang tohmahan keatas kita.Seperti yang dicadangkan oleh Tn Wan Mahyuddin (dalam e-mailnya), kita harap keputusan yang dibuat oleh YA Hakim dalam kes Kartika dapat disiarkan dalam Jurnul Hukum atau dibekalkan kepada kita untuk bacaan dan tatapan serta kajian kita semua. Saya bersetuju dengan pandangan Tuan Azhari bahawa hak mutlak untuk mentafsirkan apa jua kekeliruan yang timbul dari apa jua peruntukan dalam Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Pahang telah diberikan kepada YA Hakim Dato'.. Saya percaya beliau telah berusaha bersungguh-sungguh(Ijtihad) sebelum mengeluarkan sesuatu pandangan. Semoga Allah memberikan balasan(Ajr) kepada beliau atas usaha tersebut.
Atas asas yang sama juga saya percaya adinda2 saya di KPWK telah lakukan tugasan dan peranan yang sewajarnya. Tidak semestinya nasihat dan pandangan yang diberikan akan di ikuti oleh si pendengar. Kita perlu husnuzzan pada adik2 pegawai2 syariah kita di sana. Kita tidak berada dalam kedudukan mereka maka sudah tentu kita tidak boleh salah menyalahkan diantara satu sama lain.
Semoga apa yang berlaku dalam kes Kartika ini akan menjadi satu pengajaran dan dorongan untuk kita semua untuk bersatu dalam memperjuangkan agenda Syariah ini. Percayalah ancaman dan tohmahan terhadap kita tidak akan berhenti setakat ini sahaja. Ianya akan berterusan sehinggalah akhir zaman.
Selamat meneruskan ibadah puasa. semoga Allah berikan keampunan kepada kita semua dalam fasa kedua ramadhan ini.Mohon ampun dan Maaf dari Tuan/Puan sekelian.
Wassalam
Dr Mohd Na'im Mokhtar
Presiden PPSM

22 Januari 2009

WE WILL NOT GO DOWN



WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009


A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

http://www.michaelheart.com/Song_for_Gaza.html

Tell me why....

Peduli Gaza

19 Januari 2009

Gambar-gambar dari London



Perutusan Presiden PPSM 2009

Segala puji bagi Tuhan Pencipta seluruh alam. Selawat dan Salam keatas junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.

YAA,YA Tuan dan Puan yang dikasihi sekalian

Asssalamualaikum w.b.th

Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran kehadrat ilahi kerana memberi peluang kepada saya untuk menulis didalam blog PPSM ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini(atas makluman yang saya terima dari YA Tuan Abu Bakar Timbalan Presiden PPSM) untuk mengucapkan setinggi tahniah kepada Dato’ Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang YAA Dato’ Yusof Che’ Teh dan juga YAA Tuan Hj Hussein Ahamad Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan kerana telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah di JKSM. Ucapan tahniah juga kepada YAA Tuan Hj. Yusof Musa yang telah dilantik sebagai Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang serta Mantan Presiden PPSM Tuan Hj Walid yang menyandang jawatan Jusa C (KUP) di Pejabat Peguam Negara dan juga Tuan Hj Shaarani yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Syariah di BBG. Semoga perlantikan ini akan menaikkan semangat YAA kita untuk terus bekerja keras didalam usaha untuk memantapkan lagi sistem pentadbiran dan kehakiman syariah di Negara kita yang tercinta ini.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat kembali ketanahair pada Pegawai-pegawai Syariah kita yang telah menamatkan kursus selama 4 bulan di Mesir. Semoga Allah berkati ilmu yang telah tuan/puan perolehi disana serta dapat dimanfaatkan oleh semua pegawai-pegawai syariah yang lain. Kejayaan tuan/puan sebagai kumpulan pertama akan memberikan semangat dan motivasi kepada mereka-mereka yang akan mengikuti kursus yang sama pada masa yang akan datang. Adalah menjadi harapan saya agar Exco PPSM yang telah menamatkan kursus tersebut akan mula bergerak secara aktif untuk membantu Timbalan Presiden dan Exco lain dalam menggerakkan aktiviti Persatuan yang kita sayangi ini. Kepada Tuan Zainul Rashid, selamat kembali dan bertugas semula semula di negeri kelahiran sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri Selangor.Saya juga telah dimaklumkan tentang kembalinya kerahmatullah bonda kesayangan Tuan Zakian Dio. Ucapan takziah kepada beliau dan keluarga dan marilah kita sama-sama doakan agar roh almarhumah dicucuri rahmat dan dimasukkan dikalangan golongan salihat..Ameen

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian


Hari ini genap hari yang ke 22 pencerobohan rejim zionis Israel keatas bandar kelahiran Imam Shafii rahimahullah. Lebih dari 1200 rakyat Palestin telah dibunuh dan hampir 5500 yang lain telah tercedera.Walaupun rejim zionis ini telah dibekalkan dengan senjata-senjata moden dan yang tercanggih didunia,tetapi Alhamdulillah berkat kesabaran dan kekuatan yang Allah berikan kepada pejuang Hamas,tentera zionis masih dan telah gagal dalam misi mereka untuk menghancurkan pertubuhan yang dilabelkan sebagai pengganas oleh kerajaan Amerika.Setelah saya membaca dan meneliti kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin HAMAS di GAZA dan PLO di tebing barat,ianya mengingatkan saya kepada kisah 2 orang sahabat yang perbualannya telah dirakamkan didalam Surah Al-Kahfi. Seorang yang berbangga dengan kebun dan kemewahan lalu mereka melakukan kezaliman ketas diri mereka dan diatas muka bumi ini lalu mereka ditegur oleh saudara mereka yang tidak memeliki sebarang kemewahan tetapi hanya ketakwaan kepada Allah s.w.t.. Apa yang kita dapat perhatikan dikalangan pemimpin Arab ada diantara mereka telah bersekongkol dengan rejim Zionis untuk menindas dan membunuh penduduk Palestin di Gaza. Kerajaan Mahmoud Abbas contohnya telan banyak membantu memberi maklumat berkaitan tempat persembunyiaan saudara-saudara mereka dikalangan pergerakan HAMAS..Kesemuanya ini dilakukan semata-mata untuk mendapatkan habuan dunia yang dijanjikan oleh rejim Zionis yang tidak berperi kemanusiaan itu.

Alhamdulillah saya mengucapkan syabas dan tahniah pada ahli-ahli PPSM kita yang sentiasa prihatin dengan jenayah yang dilakukan oleh golongan Zionis ini. Saban hari ada sahaja maklumat yang dikongsi bersama berkaitan isu kezalimam kerajaan Zionis. Saya ucapkan terima kasih pada mereka yang telah memanjangkan artikel-artikel,berita-berita yang berkaitan serta mengingatkan kita tentang produk-produk yang perlu diboikot atas alasan syarikat-syarikat tersebut telah dan sedang memberikan sumbangan kepada kerajaan zionis Israel yang terkutuk.. Sebagai ahli dalam Persatuan Pegawai Syariah ini sudah tentu kita perlu ada sikap perihatin terhadap apa yang berlaku keatas saudara-saudara kita di Gaza kalau tidak dikhuatiri kita tidak akan termasuk dikalangan mereka yang akan bersama Rasulullah s.a.w kelak( Maksud Hadith).

Berdasarkan pemehatian saya di UK ini, dari mula Rejim Zionis melakukan serangan ketasa GAZA pada 27 Disember yang lepas sehinggalah sekarang ramai rakyat Britain yang terdiri dari mereka yang bukan beragama Islam telah bersama-sama menzahirkan kemarahan mereka ketasa tindakan zalim rejim zionis.


Pada 3 minggu yang lepas hampir seratus ribu rakyat Britain telah menyertai perarakan secara aman meminta Rejim Zionis supaya keluar dari bumi Gaza. Semalam di Oxford sahaja lebih 4 ribu orang telah mengadakan perarakan yang sama. Kebanyakan mereka yang menyertai perarakan ini terdiri dari mereka2 yang bukan beragama Islam. Kehadiran mereka adalah semata-mata untuk menyatakan sokongan mereka terhadap Umat Islam di GAZA. Saya sempat bertemu dengan sekumpulan pemimpin Yahudi disini dan mereka sendiri menyatakan yang mereka mengutuk kekejaman yang telah dan sedang dilakukan oleh kerajaan Zionis Israel.

Berdasarkan scenario yang berlaku sekarang dan kita sebagai ahli-ahli PPSM perlu menunjukkan komitmen dan semangat persaudaraan dan keperihatinan kita atas nasib yang telah menimpa saudara-saudara kita di GAZA. Apa jua bentuk sumbangan boleh diberikan oleh tuan/puan sebagai ahli PPSM. Atas hasrat dan matlamat ini saya amat bersetuju dengan cadangan yang dikemukkan oleh Tuam Wan Mahyuddin dan saya telah berbincang dengan YA Timbalan Presiden melalui email supaya kita dapat lancarkan satu dana bagi membantu saudara-saudara kita di Palestin. InsyaAllah dengan sumbangan yang tuan/puan berikan nanti sedikit sebanyak akan dapat membantu meringankan beban saudara-saudara kita disana.Bagi pihak PPSM saya ucapkan terima kasih dan Jazakumullah Khairan Kathiran kepada penyumbang-penyumbang yang budiman sekalian.


Tuan/Puan yang dikasihi sekalian

Akhir kalam, percayalah janji Allah SWT akan sampai bagi memastikan Islam akan tinggi semula dan musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi akan kembali ke era kesusahan dan penindasan seperti keadaan asal mereka. Kita meyakini usaha mereka mengumpulkan bangsa mereka di tengah-tengah negara umat Islam itu akan berakhir dengan penghapusan mereka secara total dari muka bumi Allah. Ini bersesuaian dengan maksud sebuah hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim: "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi". Janji Nabi pastinya benar. Peristiwa ini akan berlaku bagi menamatkan siri pengkhianatan Yahudi terhadap Islam dan manusia secara keseluruhannya.


Dr. Mohd Na’im Mokhtar
Oxford, UK
18 Januari 2009

18 Januari 2009

'Israel gagal, Hamas bertahan'

'Israel gagal, Hamas bertahan'
Susunan Hazirah Che Sab (BH-18/1/08)


DI SEBALIK kerancakan membedil Gaza dan membunuh penduduk Palestin dengan sewenang-wenangnya, pegawai kanan tentera Israel sebenarnya percaya negara itu perlu segera mencapai gencatan senjata dengan Hamas dan tidak melanjutkan serangan ke atas pergerakan itu.

Akhbar Haaretz melaporkan, walaupun tentera Yahudi sudah membuktikan kemampuannya melancarkan pembunuhan beramai-ramai berskala besar, ia juga terbukti gagal menghapuskan Hamas.

Pegawai tentera juga mengaku, kejayaan yang dicapai Israel dalam serangan yang masuk hari ke-21 itu cuma terhad di Gaza.

Jurucakap kumpulan pemikir Palestin, Gilad Atzmon, berkata pembunuhan penduduk awam menerusi serangan udara dan kapal perang serta imej penggunaan senjata kimia forforus jelas menunjukkan Israel gagal mencapai objektif mereka.

“Jeneral Israel memang baik dalam melakukan jenayah perang, tetapi mereka gagal dari segi lain. Ahli politik rejim itu pada awalnya bersumpah untuk memusnahkan Hamas tetapi kemudian merendahkan nada dengan cuma berjanji memusnahkan kawasan pelancaran roket pergerakan itu.

“Ia dibuat ketika memberi jaminan kepada pengundi Israel bahawa kali ini mereka akan berperang sehingga Hamas hancur. Nampaknya, mereka memungkiri janji sekali lagi,” kata Atzmon.

Beliau berkata, Hamas masih kukuh malah mendapat sokongan lebih padu daripada penduduk Palestin berbanding dulu.

“Mesej bertahan Hamas sudah tersebar ke seluruh dunia Islam. Minggu lalu saya berarak dengan kira-kira 100,000 penunjuk perasaan di London. Sokongan kepada Hamas begitu jelas. Ia tertera pada sepanduk, bendera, lilitan kepala dan pembesar suara.

“Hari ke-21 serangan dilancarkan, bukan hanya Hamas tidak dapat dikalahkan, kemampuan melancarkan

roket juga nampaknya tidak terjejas.

“Hari demi hari, pejuang Hamas semakin berjaya mengingatkan pendatang Yahudi di Ashdod, Ashkelon dan Sderot bahawa mereka sebenarnya menetap di atas tanah penduduk Israel yang dirampas. Berikan Hamas masa dan serangan peluru berpandu menjadi mesej ke setiap sudut tanah Palestin yang dirampas,” katanya.

Atzmon berkata, Israel kini terdesak mencari strategi keluar kerana Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak, sedar tentera daratnya perlukan masa untuk mencapai matlamat sedangkan mereka memerlukannya dengan segera berdasarkan tindakan berkumpul di kawasan terbuka hingga terdedah kepada serangan Hamas.

“Israel terus gagal kerana sejak beberapa hari lalu, bilangan tenteranya yang maut semakin ramai dan usaha meningkatkan serangan di Gaza berdepan tentangan hebat,” katanya.

"Hari demi hari, pejuang Hamas semakin berjaya mengingatkan pendatang Yahudi di Ashdod, Ashkelon dan Sderot bahawa mereka sebenarnya menetap di atas tanah penduduk Palestin yang dirampas” Gilad Atzmon.

KRONOLOGI

27 Disember 2008: Israel melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas Hamas di Semenanjung Gaza menerusi Operasi ‘Cast Lead ’dalam usaha menghalang serangan roket pejuang, termasuk mengebom terowong di sempadan Mesir-Gaza.

31 Disember: Roket dilancarkan dari Gaza mendarat lebih 40 kilometer di dalam wilayah Israel. Pegawai kanan Hamas, Nizar Riyan, gugur dalam serangan udara rejim Zionis keesokannya.

3 Januari 2009: Tentera darat Israel menceroboh Semenanjung Gaza, mengepung Bandaraya Gaza dan mengawal lebuh raya utama, membahagikan wilayah itu kepada dua bahagian. Dua hari kemudian, Menteri Luar Israel, Tzipi Livni, menolak desakan Kesatuan Eropah supaya mengadakan gencatan senjata segera.

6 Januari: Tentera Israel berkata tiga askarnya maut terkenal bedilan kereta kebal sendiri. Serangan Israel dekat tiga sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengorbankan 48 orang, kata pasukan perubatan sebelum menggantung sementara serangan untuk membolehkan bantuan dihantar ke Gaza. Hamas berkata akan menghentikan serangan roket ke Israel jika serangan dihentikan.

8 Januari: Majlis Keselamatan PBB meluluskan resolusi meluluskan gencatan senjata segera di Gaza yang membawa kepada ‘pengunduran sepenuhnya’ tentera Israel. Agensi utama PBB yang beroperasi di Gaza menggantung operasi selepas konvoi badan dunia itu dibedil peluru kereta kebal.

9 Januari: Bantahan anti-Israel diadakan di seluruh dunia Arab. Pusingan baru rundingan diplomatik dilancarkan di Kaherah, dengan Mesir menjadi hos rundingan berasingan dengan Presiden Mahmoud Abbas dan delegasi Hamas.

11 Januari: Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert, berkata Israel menghampiri matlamatnya - tetapi pertempuran berterusan. Hamas semakin menghampiri kemenangan, kata ketua kerajaan Hamas di Semenanjung Gaza, Ismail Haniyeh.

14 Januari: Tiga roket dibedil ke utara Israel dari Lubnan dalam serangan kedua dalam masa tidak sampai seminggu. Tiada kematian dilaporkan.

15 Januari: Satu bahagian hospital di Bandaraya Gaza musnah diserang tentera Yahudi. Agensi PBB bagi pelarian Palestin menggantung operasi di Gaza selepas serangan Israel yang mencederakan tiga orang. Menteri Dalam Negeri Hamas, Said Siam, gugur dalam serangan udara tentera rejim.

16 Januari: Hamas mencadangkan gencatan senjata selama setahun dengan Israel sebagai pertukaran pengunduran tentera Yahudi dari Gaza dan menamatkan kepungan ke atas wilayah itu. Angka korban penduduk Palestin sejak 27 Disember mencecah sekurang-kurangnya 1,333 dengan 5,130 cedera, menurut pasukan perubatan Gaza.

Di pihak Israel, 10 anggota tentera dan tiga penduduk awam terbunuh. Pegawai pertahanan Israel, Amos Gilad, kembali ke Kaherah untuk rundingan gencatan senjata; Livni ke Washington. Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, berkata gencatan senjata semakin hampir dicapai.
 

Sample text

Anda Pengunjung ke-

Sample Text