09 September 2008
Perutusan Tuan Presiden - sempena Ramadhan 1429h
Assalamualaikum w.b.th
Segala Pujia-pujian bagi Tuhan Sekelian Alam.Selawat dan Salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan Para Sahabat Baginda keseluruhannya.
Alhamdulillah marilah kita bersama memanjat kesyukuran kehadrat Ilahi diatas Inayah dan kehidupan yang diberikan kita semua telah diberi kesempatan untuk bertemu sekali lagi dengan bulan yang muia ini RAMADHAN AL MUBARAK.
Saya dan barisan Exco baru Persatuan Pegawai Syariah Malaysia sesi 2008/10 ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan. Semoga Allah memberkati segala amal ibadah kita sepanjang bulan yang mulia ini dan menjadikan "Madrasah Ramadhan" ini sebagai medan yang terbaik untuk kita memerdekakan diri kita dari segala sifat-sifat yang mazmumah seterusnya menjadikan diri kita Pegawai-pegawai Syariah yang benar-benar bertakwa kepada Khaliqnya.
Adalah menjadi harapan yang besar dari kami dalam barisan kepimpinan yang baru dalam persatuan yang kita sayangi agar YAA,YA,Tuan dan Puan dapat menyalurkan kepada kami apa jua bentuk bantuan khususnya idea-idea yang menarik bagi kita pelbagaikan aktiviti-aktiviti persatuan bagi kebaikan bersama pada masa hadapan. Sesungguhnya kejayaan Persatuan kita ini akan hanya boleh direalisasikan dengan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh Exco dan juga kerjasama yang mantap dari ahli-ahli sekelian. Tanpa kalian semua siapkah kami yang berada dibarisan kepimpinan ini. Oleh itu marilah kita bersama wujudkan kesatuan pemikiran(Wihdataul Fikri) bersempena dengan Roh Ramdhan ini untuk kita Mertabatkan Syariah,Jabatan Syariah Kehakiman Malaysia dan juga Negeri-negeri serta Persatuan Pegawai Syariah Malaysia yang kita sayangi ini.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan kepimpinan PPSM yang terdahulu khususnya pada era kepimpinan Tuan Hj Abdul Walid Hassan yang telah berjaya membina asas yang kukuh pada PPSM ini. Harapan kami Exco baru agar kami diberikan tujuk ajar dan diberikan teguran semasa menjalankan amanah yang besar ini untuk tempoh 2 tahun yang akan datang.
Akhir kalam suka saya ingin mengingatkan diri saya dan semua ahli-ahli supaya sentiasa berfikir dan berusaha untuk merealisasikan kesemua nasihat,saranan yang telah disampaikan oleh kesemua pembentang kertas kerja khususnya Amanat yang telah disampaikan oleh Y.A.A Datuk Ibrahim Lembut Ketua Pengarah JKSM yang kita sayangi didalam Persidangan Pegawai Syariah yang baru berakhir pada minggu lepas.
Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati YAA,YA,Tuan dan Puan.
Mohon kemaafan atas segala bentuk kesilapan dan kekurangan.
Ikhlas,
DR.MOHD NA'IM BIN MOKHTAR
PRESIDEN
PERSATUAN PEGAWAI SYARIAH MALAYSIA SESI 2008/10
07 September 2008
AHLI JAWATANKUASA PPSM SESI 2008 - 2010
AHLI JAWATANKUASA PPSM SESI 2008 - 2010
1. Dr. Haji Mohd. Na'im bin Mokhtar- Presiden
2. Y.A. Tn. Abu Bakar bin Mohd. Daud- Timb. Presiden
3. Y.A. Tn. Hj. Mohd. Shakir bin Abdul Hamid - Naib Presiden I
4.Pn. Haznita bt. Hamidon - Naib Presiden II
5. Tn. Abu Suffian bin Abu Yazid - Setiausaha
6. Pn. Rozita bt. Ramli* - Pen. Setiausaha I
7. Pn. Maszuriati bt. Abdul Aziz* - Bendahari
8. Tn. Faiyzan bin Ahmad* - Pen. Bendahari
9.Tn. Mohd. Ridzwan bin Ghazali - Ketua Biro Ekonomi
10. Tn. Mawardi bin Che Man - Ketua Biro Kebajikan.
11. Tn. Ahmad Irwan bin Ismail - Ketua Biro Sosial dan Sukan.
12. Tn. Amran bin Mohd. Zain - Ketua Biro Tugas-Tugas Khas
13. Tn. Zainor Rashid bin Hassin - Ketua Biro Penerangan dan Pendidikan
14. Pn. Rafidah bt. Abdul Razak - Ketua Biro Hal Ehwal NGO dan HEWA.
15. Cik Surayah bt. Ramly - Ketua Biro Antarabangsa.
Nota:
* Dipilih oleh EXCO PPSM, selain itu adalah Exco yang dipilih oleh ahli dalam Mesyuarat Agong PPSM kali ke 6 (26 Ogos 2008) di AuditoriumAbu Zarim, Institut Latihan TNB- ILSAS, Bangi, Selangor
08 Mei 2008
29 Mac 2007
Seminar Muamalah & Perbankan Islam JKSM
| Seminar Muamalah &... |
| Hosted by eSnips |
Sila klik link di atas untuk mendapatkan nota-nota berkaitan Seminar ini. Seminar ini di anjurkan oleh JKSM untuk pegawai LS 48 ke atas pada 25 - 27 Mac 2007 bertempat di Hotal Mahkota, Melaka. Kandungan seminar meliputi pengenalan kepada muamalah islam, Produ muamalah dan operasi semasa, Cabaran Global dan Product Develepoment.
20 Februari 2007
Borang Pendaftaran ahli PPSM
| BORANG AHLI PERSAT... |
| Hosted by eSnips |
07 Februari 2007
Lambang Persatuan Pegawai Syariah Malaysia

Lambang Persatuan terdiri dari:
1. Dacing yang terletak di atas bentuk kitab dan ditegakkan dengan sebilah keris berwarna hijau. Lambang ini bermakna tanggungjawab Pegawai Syariah keseluruhannya ialah menegakkan keadilan Ilahi.
2. Bulatan berwarna merah dan ditulis perkataan 'Persatuan Pegawai Syariah Malaysia' dalam bahasa Arab dan dikelilingi warna kuning serta dibawahnya ada perkataan 'Malaysia' dengan berlatar belakangkan warna merah bermakna pertubuhan ini diwujudkan di Malaysia dan Pegawai Syariah keseluruhannya dilantik Ulil Amri. Selain dari itu 'Bahasa Arab' tidak dapat tidak mesti diketahui oleh setiap Pegawai Syariah. Penubuhan ini juga dikenali dalam bahasa Inggerisnya sebagai Syariah Officers Association.
3. Lambang ini berasaskan warna kuning ditengah-tengahnya yang memberi erti bahawa Kedaulatan Kuasa yang telah diamanahkan oleh ulil amri tetap utuh dan terpelihara.
4. Kedua-dua belah tepi diletakkan lambang bunga padi sebanyak 14 buah iaitu mengikut empat bilangan negeri-negeri yang terdapat Mahkamah Syariah di dalamnya. Bunga padi itu berwarna kuning membawa erti pertubuhan ini berharap kebahagiaan menurut ajaran Islam dapat ditegakkan. Ini sesuai dengan motto Mahkamah Syariah iaitu 'Syariah Asas Keadilan.'